Volvo Cars Mengambil Berat Tentang Keselamatan Anda Di Jalan Raya
Ingat, anda telah membayar untuknya dan ianya sudah siap terpasang di dalam kenderaan anda, di depan dan juga di belakang. Mereka dipanggil tali pinggang keledar dan anda dan penumpang anda harus menggunakannya pada setiap masa ketika berada di jalan raya.
Selain itu, jangan terlalu banyak barang-barang longgar di dalam kereta anda semasa dalam perjalanan. Bila kemalangan objek longgar ini menjadi pelancar (peluru) dan boleh membahayakan penumpang lebih daripada kesan pelanggaran itu sendiri.
Bersamping Bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya ini, Volvo Cars Malaysia telah melancarkan kempen #StandForSafety, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keselamatan untuk semua penghuni kereta.
Kempen ini bersempena dengan ulang tahun ke-60 penciptaan tali pinggang keselamatan tiga mata, yang dicipta oleh Nils Bohlin, seorang jurutera Volvo, pada tahun 1959. Volvo Cars melepaskan paten itu, kerana mereka sedar akan kepentingannya untuk kesejahteraan semua penumpang di seluruh dunia. Berdasarkan data dalaman Volvo Cars, sejak tahun 1960-an, dianggarkan bahawa tali pinggang keselamatan tiga mata telah menyelamatkan lebih daripada satu juta nyawa.
No Comment