Berita Auto

VOTY 2019 Kereta Tahunan Volvo XC40

Dalam tahun-tahun sebelum ini, anugerah utama Vehicle of the Year (VOTY) diberikan kepada kereta-kereta yang lebih mampu milik dan menjadi sasaran orang kebanyakan. Honda Civic merangkul anugerah itu pada 2017 kerana ia menyegarkan kembali segmen sedan C manakala pada tahun lalu, Perodua Myvi memenanginya sebagai sebuah hatchback segmen B yang cukup lengkap. Bagi 2019, anugerah ini diberikan kepada Volvo XC40 yang membawa pakej yang tidak boleh dikalahkan dalam bentuk CKD bagi segmen crossover mewah.

Dengan perkembangan segmen crossover dan SUV yang semakin pesat, XC40 tampil sebagai contoh yang terbaik dalam kelasnya. Selain bahasa reka bentuk Scandinavia yang sederhana tetapi kemas, model ini turut menampilkan beberapa ciri pintar yang terbukti berjaya memikat hati juri. Sebagai contoh, pintu but boleh dibuka menerusi hayunan kaki, tempat belakang boleh dilipat rata dan masih terdapat ruang untuk menyimpan tayar gantian.

Bukan itu sahaja, pembesar suara pada pintu hadapan turut dibuang bagi menghasilkan ruang yang cukup besar untuk objek seperti komputer riba. Ia digantikan dengan subwoofer yang terletak pada papan pemuka. Walaupun ia praktikal, XC40 tetap mempunyai prestasi yang menjadikannya begitu seronok dipandu.

Enjin: Turbo empat silinder sebaris
Kapasiti: 1,969 cc
Kuasa: 252 hp @ 5,500 rpm
Tork: 350 Nm @ 1,800 rpm
Transmisi: automatik 8 kelajuan
0-100 km/j: 6.4 saat
Kelajuan maksimum: 230 km/j
Harga: RM255,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 Crossover Mazda CX-3

Next post

Renault Captur Baharu Lebih Mesra Alam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *