Berita Auto

VOTY 2019 Sedan Mewah BMW 6GT

Dilancarkan di Malaysia pada September 2018, BMW 630i GT mungkin tidak mempunyai bentuk badan sedan konvensional yang biasa kita lihat, namun hakikatnya ia memang sebuah sedan dan ia menggunakan platform yang sama dengan 5 Series (G30). Apa yang membezakan 6 Series GT dengan 5 Series adalah saiz dan juga garis bumbung ala coupe.

IMG_6595

Terima kasih kepada penggunaan rangka aluminium dan keluli berkekuatan tinggi, model ini juga 150 kg lebih ringan berbanding 5 Series GT(F07) yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Pengurangan berat ini nyata memberi kelebihan dari segi pengendalian, di mana ia terasa lincah dan mampu menghadapi selekoh-selekoh tajam dengan baik walaupun kelihatan besar dan berat. Digabungkan dengan enjin bertenaga, kereta ini memang seronok untuk dipandu.

IMG_6518

Tidak kebanyakan model coupe lain, garis bumbung yang rendah pada model ini langsung tidak menjejaskan ruang kepala bagi penumpang belakang. Ruang kaki juga sangat luas, malah hampir sama luas dengan 7 Series. Bukan itu sahaja, pakej aerodinamik M Sport memberikan model ini imej  yang sporty.

Enjin: Turbo empat silinder
Kapasiti: 1,998 cc
Kuasa: 258 hp @ 5,000 rpm
Tork: 400 Nm @ 1,550 rpm
Transmisi: automatik 8 kelajuan
0-100 km/j: 6.3 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Harga: RM430,800

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 Sedan Kompak Toyota Vios

Next post

VOTY 2019 Kereta Kompak Mercedes-Benz A250

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *