Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin Melawat Wad Kanser Kanak-Kanak dan Rumah Orang Tua Bersempena Bulan Ramadhan Ini
Minggu lepas, sukarelawan yayasan telah melawat rumah orang tua Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang. Pengasas & Pengarah Kumpulan Syarikat Naza, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail dan keluarganya turut hadir untuk membantu pengagihan zakat dan keperluan harian kepada penghuni rumah.
“Kumpulan Naza telah lama berkongsi kegembiraan perayaan dengan rumah kebajikan sejak yayasan itu ditubuhkan, melalui program jangkauan komuniti yang menggariskan inisiatif kami sebagai warga korporat yang mengambil peduli dan terlibat secara aktif dalam pembinaan masyarakat,” kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings.
Para sukarelawan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, pemegang saham Kumpulan Naza dan keluarga mereka turut mengadakan lawatan ke Pusat Kanser Kanak-Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang diketuai oleh SM Nasarudin. Kanak-kanak di wad itu dilayan dengan penampilan badut dan aktiviti yang menyeronokkan dengan sukarelawan. Kanak-kanak juga menerima duit raya, keperluan dan hadiah Hari Raya dari yayasan.
“Kami ingin berkongsi nasib dan rahmat kami dengan yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadhan ini. Semua aktiviti dan program oleh Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin bertujuan memberi harapan, kekuatan, keberanian dan motivasi kepada yang memerlukan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat penyayang dan terus memberikan balik kepada komuniti di mana kami beroperasi bersama-sama dengan pekerja kami, ” tambah SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings.
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin ditubuhkan sebagai penghormatan kepada pengasas Kumpulan, Tan Sri SM Nasimuddin dengan misi untuk memberi bantuan kepada komuniti yang kurang mendapat layanan di Malaysia berdasarkan tiga teras utama – Pendidikan, Pembangunan Masyarakat dan Penjagaan Kesihatan. Kumpulan Naza, sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian yang berjaya, akan terus menjangkau lebih banyak organisasi amal menerusi program jangkauan dermawan dan sosial mereka. Yayasan percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup orang yang kurang bernasib baik. Selama bertahun-tahun, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin telah mengagihkan zakat ke 26 buah sekolah, mendermakan 188 kenderaan, mengadakan 12 bengkel pendidikan, dan menyumbangkan pakaian seragam sekolah, barangan makanan dan keperluan.
No Comment