Lebih Dari 21,000 Kemalangan Hari Raya Ini
Lebih daripada 21,000 kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam 11 hari yang lalu di Malaysia.
Ini melebihi angka tahun lalu dan sedih sekali, seramai 120 orang telah direkod maut sejak 29 Mei lalu. Polis mengeluarkan sebanyak 198,000 saman.Ini adalah sebahagian daripada ‘Ops Selamat 15’ yang bermula pada 29 Mei dan berakhir pada 12 Jun ini.Memberi tumpuan kepada kesalahan lalulintas utama yang mana, memandu di lorong kecemasan, lampu merah, memotong barisan trafik, memecut, memotong di garisan lurus dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.Operasi ini memberi tumpuan kepada pendidikan pemandu agar mempunyai ketaatan jalan yang lebih baik.Negeri Selangor mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi diikut Johor, Kuala Lumpur dan akhirnya Pulau Pinang.Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati di jalan raya!
No Comment