Sedih! Sudah Pun 8,000 Kemalangan Termasuk 8 Kematian!
Rakyat Malaysia, sila berhati-hati di jalan raya minggu ini apabila anda memandu jarak jauh (Balik Kampung) dan juga bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang. Jabatan Polis telah mencatatkan lebih daripada 8,000 kemalangan jalan raya dan ini termasuk 8 kematian yang agak membimbangkan.
Fikirkan keluarga dan pengguna jalan raya yang lain. Pastikan pemanduan anda selamat dan sempurna.
Pastikan penumpang belakang anda menggunakan tali pinggang keledar mereka. Ia sudah disediakan di dalam kereta anda apabila anda membelinya, jadi gunakannya.
Pastikan tekanan tayar anda betul. Ianya percuma untuk mengepam udara untuk tayar anda di mana-mana stesen minyak.
Pastikan anda berhenti di kawasan rehat dan rekreasi yang ada ‘KOPI PERCUMA’ di sepanjang lebuh raya dan dapatkan minuman ‘menyegarkan’. (lokasi KOPI “O” PERCUMA disenaraikan di bawah)
Sila minum air yang mencukupi dan jangan biarkan diri anda dahaga kerana anda akan memandu berjam-jam di jalanraya.
Pandu cermat agar sampai ke destinasi anda dengan selamat.
No Comment