Motosikal / Skuter / Roda

Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F & CB500X 2019

Boon Siew Honda hari ini melancarkan tiga model CB yang telah dipertingkatkan untuk tahun 2019 iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X.

BHP Banner Filem Tint Tingkap

Ketiga-tiga model berkongsi enjin 471 cc, silinder kembar selari DOHC yang menjana 37 kW pada 8,500 rpm dan 45 Nm pada 6,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang menyalurkan kuasa melalui klac Slipper/Assist.

Selain itu, enjin itu juga menerima inlet, ekozs dan pemasaan injap baharu yang menghasilkan 4% lebih banyak kuasa kuda dan kuasa kilas pada julat pertengahan.

IMG_8572

Penambahbaikan lain yang disertakan termasuklah sistem ABS, suspensi belakang baharu, sistem lampu LED sepenuhnya dan panel instrumen LCD moden dengan penunjuk posisi gear dan penukaran gear.

Naik taraf CBR500R 2019 (RM34,499)

IMG_8539

  • Garis badan agresif dengan lampu LED berkembar
  • Bar hendal clip-on diposisikan semula untuk kedudukan menunggang lebih sporty

IMG_8540

  • Paparan instrumen LCD dengan penunjuk posisi gear dan penukaran gear
  • Lampu signal LED
  • Muffler dual-exit

IMG_8545

  • Klac Assist/Slipper
  • Tiga warna untuk dipilih – Grand Prix Red, Max Axis Grey Metallic and Pearl Metalloid White

Naik taraf CB500F 2019 (RM33,999)

IMG_8556

  • Reka bentuk badan lebih agresif
  • Bar hendal tapered

IMG_8564

  • Paparan instrumen LCD dengan penunjuk posisi gear dan penukaran gear
  • Lampu signal LED
  • Muffler dual-exit

IMG_8563

  • Klac Slipper/Assist
  • Tiga warna untuk dipilih – Grand Prix Red, Matte Gun Power Black Metallic, Pearl Metalloid White

Naik taraf CB500X 2019 (RM36,099)

IMG_8549

  • Penggayaan adventure lebih gagah
  • Bar hendal tapered
  • Sudut kunci stereng lebih besar

IMG_8553

  • Jarak pergerakan suspensi lebih besar
  • Pelindung angin lebih tinggi dan kedudukan menunggang ergonomik
  • Paparan instrumen LCD dengan penunjuk posisi gear dan penukaran gear
  • Lampu signal LED

IMG_8570

  • Muffler dual-exit
  • Klac Slipper/Assist
  • Tiga warna untuk dipilih – Grand Prix Red, Matte Gun Powder Black Metallic, Pearl Metalloid White
Previous post

Lexus NX300 2019 Dilancarkan

Next post

Kunjungi Rumah Terbuka Volkswagen Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *