Berita Auto

Daftar di Kolej Naza dan Menangi Tiket Grandstand MotoGP

Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza menawarkan tiket Grandstand MotoGP percuma kepada pelajar yang mendaftar untuk ambilan Ogos 2019 pada Hari Terbuka yang akan diadakan pada 22 Jun ini.

BHP Banner KIA Xceed

Hanya untuk satu hari bermula dari 11 pagi hingga 3 petang, mana-mana pelajar yang mendaftar turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk termasuk biasiswa yuran 100%.

Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza juga akan melancarkan satu kursus baru iaitu Diploma Teknologi Motosikal. Program yang diluluskan oleh MQA ini direka untuk memberikan pelajar mengenai prinsip teknologi motosikal. Turut ditawarkan adalah Diploma Perniagaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif).

2018-Ducati-Panigale-V4-14

Pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam kursus berkaitan industri automotif dan mendaftar semasa Hari Terbuka tersebut juga layak untuk mendapat biasiswa 100% menerusi kerjasama dengan Affin Bank dan PTPTN.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau United Examination Certificate (UEC) juga boleh memohon untuk Biasiswa Merit Naza. Biasiswa lain yang ditawarkan adalah biasiswa progresif dan Naza Family Edu-Aid di mana 50% yuran dikecualikan kepada anak kakitangan Naza Group.

Selain itu, kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza adalah:

  • Diploma Teknologi Sukan Permotoran
  • Diploma Teknologi Motosikal
  • Diploma Pengurusan Perniagaan Automotif
  • Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Ringan)
  • Diploma Perniagaan
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif)

 

Previous post

KIA XCEED Crossover Untuk Menyaingi Proton X50

Next post

Pihak Berkuasa UK Rancang Guna Kamera Cegah Bunyi Ekzos Bising

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *