Berita Auto

Kenapa Tun Tinggalkan Daihatsu Copen Beliau Di HQ Proton?

Kami terserempak Daihatsu Copen baharu ini di ruang letak kereta VVIP di ibu pejabat Proton, Centre Of Excellence, Shah Alam.Daihatsu-Copen_2BHP Banner Daihatsu CopenDaihatsu-Copen_3

Apabila kami tanya tim perhubungan awam Proton mengenai kereta itu, mereka menjawab bahawa ia adalah milik Perdana Menteri Malaysia dan ‘bapa’ Proton Tun Mahathir semasa beliau berperanan sebagai penasihat di Proton (sebelum pengambilalihan Proton oleh Geely) kereta ini dibawa masuk dan diletakkan di situ untuk kegunaan beliau.Daihatsu-Copen_4

Semasa banyak lawatan ulang alik kami ke Proton sebelum Geely mengambil alih kami tidak pernah nampak Daihatsu Copen. Baru sekarang kami nampak.Daihatsu-Copen_5

Mungkinkah ini mesej dari Tun Mahathir kepada pengurusan Proton baharu?Daihatsu-Copen_6

Seperti yang diketahui ramai, Tun Mahathir tidaklah begitu teruja apabila Geely membeli Proton dan penyelidikan dan pembangunan di Proton diambil alih oleh jurutera Geely dan kini kita melihat kenderaan Geely bertukar lencana masuk ke Malaysia (dengan kejayaan besar).Daihatsu-Copen_7

Rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi mengadu dan sebaliknya agak gembira dengan perkembangan terkini Proton dan fakta bahawa Proton tidak lagi bebanan pembayar cukai Malaysia.Daihatsu-Copen_8Kami tertanya-tanya mengapa Daihatsu Copen ini tidak parking di tempat letak kereta VVIP ibu pejabat Perodua di Rawang, di mana ia mungkin akan lebih di rumah dikelilingi oleh saudara-mara automotifnya.Daihatsu-Copen_9

 

 

Previous post

Porsche Cayenne Dan Panamera Kena Panggil Balik. Pemilik Recon Amacam?

Next post

McLaren 720S Ride-On Khas Untuk Pemandu Cilik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *