Isuzu Malaysia Cari Pemilik D-Max Dengan Mileage Tertinggi
Isuzu Malaysia kini menganjurkan Cabaran Super Mileage yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada mana-mana pemilik D-Max yang berjaya membuktikan betapa tahan dan lasaknya trak pikap mereka melalui bacaan jarak perjalanan atau mileage.
Pemilik hanya perlu menghantar maklumat mereka secara atas talian sebelum 31 Julai untuk layak memenangi hadiah utama bernilai RM15,000.
“Kebanyakan pemilik kenderaan Isuzu terdiri daripada mereka yang mencatatkan jarak perjalanan yang tinggi, memanfaatkan kos penggunaan yang rendah hasil daripada ketahanan dan prestasinya. Menempuh jarak perjalanan beratus kilometer setiap minggu adalah perkara biasa bagi mereka. Kami ingin bertemu dengan pemilik-pemilik seperti ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kenderaan Isuzu telah membantu urusan pengangkutan mereka,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.
Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik persendirian mahupun korporat yang telah mencatatkan jarak perjalanan minumum 200,000 km pada D-Max mereka. Melalui kod QR pada laman web Isuzu Malaysia, pemilik hanya perlu mengikuti arahan mudah untuk memuat naik jarak perjalanan dan keadaan kenderaan mereka. Di hujung tempoh peraduan ini, pemilik yang mempunyai jumlah jarak penggunaaan yang tertinggi yang disahkan akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM38,888.
Laman web berkenaan juga akan memaparkan pendahulu semasa peraduan berkenaan, begitu juga dengan terma dan syarat peraduan. Pemilik-pemilik D-Max boleh melayari laman https://isuzumalaysia.net atau Facebook untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.
No Comment