Kunjungi Rumah Terbuka Volkswagen Hujung Minggu Ini
Sambutan “Togetherness” Volkswagen diteruskan dengan program Rumah Terbuka Raya di semua pengedarnya di seluruh negara pada 22 Jun, Sabtu, mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.
Para pengunjung berpeluang memandu uji model-model Volkswagen yang ada, selain merebut tawaran jualan dan selepas jualan sempena Hari Raya.
Pelanggan yang membuat tempahan pada hari itu akan menerima baucar minyak tambahan sebanyak RM2,000 di samping promosi baucar minyak RM1,000 sedia ada, sekali gus menjadikan jumlahnya sebanyak RM3,000. Promosi ini hanya sah ke atas tempahan yang dibuat pada 22 Jun dan bagi kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2019.
Banyak yang ditawarkan pada majlis Rumah Terbuka ini – nikmati hidangan Hari Raya, durian yang lazat dan ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, pelanggan yang layak boleh menikmati program Volkswagen Care Plus secara percuma.
Program Blue Durian sememangnya sinonim dengan Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen di seluruh negara dan akan membuat penampilan khas pada hari berkenaan. Jangan lepaskan peluang untuk berswafoto dengan Raja Buah berwarna biru ini dan sertakan hashtag #VWDurian dan #VolkswagenMalaysia.
Promosi jualan Volkswagen yang sedang berlangsung
No Comment