Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mercedes-Benz EQC dan C300e Bakal Masuk Pasaran Malaysia

Pada majlis pelancaran S560e, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut sempat memperkenalkan dua lagi model yang akan dilancarkan pada masa hadapan iaitu EQC dan C300e.

BHP Banner Bateri

EQC

DSC_3879

EQC merupakan model elektrik sepenuhnya yang bernaung di bawah sub-jenama EQ yang diperkenalkan oleh Mercedes-Benz. Menggunakan GLC sebagai asas, ia dikuasakan oleh dua buah motor elektrik pada gandar hadapan dan belakang yang menjana kuasa keseluruhan 408 hp dan 760 Nm.

DSC_3834

Dari segi prestasi, EQC memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.1 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 180 km/j. Pek bateri lithium-ion berkapasiti 80 kWh membolehkan SUV ini bergerak sejauh 450 km dengan menggunakan bateri elektrik sahaja.

DSC_3821

Seperti kebanyakan kereta elektrik lain, jarak tersebut bergantung kepada gaya dan corak pemanduan. Inilah sebab kenapa EQC didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Comfort, Eco, Max Range, Sport dan Individual. Setiap mod mempunyai karakter tersendiri.

DSC_3860

Pengecasan bateri mengambil masa kira-kira 11 jam menggunakan soket domestik atau 40 minit (10% hingga 80% kuasa) menerusi pengecas pantas DC.

C300e

D75_9969

Dari segi penampilan, model ini didatangkan dengan pakej luaran AMG Line yang merangkumi rim 19 inci, lampu LED Multibeam. Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit dan kemasan kayu ‘black ash’.

DSC_3913

Antara kelengkapan yang disertakan termasuklah pakej tempat duduk memori, kluster instrumen 12.3 inci, paparan multimedia 10.25 inci, Dynamic Body Control, sistem Pre-Safe, Active Brake Assist dan pakej Keyless-Go.

DSC_3911

C300e dipacu oleh enjin 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 211 hp dan 350 Nm. Ia digandingkan dengan sebuah motor elektrik dengan 122 hp, menjadikan kuasa keseluruhan varian ini sebanyak 320 hp dan 700 Nm.

DSC_3973

Dengan transmisi 9G-Tronic, sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat dan mencapai kelajuan 250 km/j. Ia juga boleh dipandu dengan kuasa elektrik sejauh 52 km dengan adanya bateri lithium-ion berkapasiti 13.5 kWh.

 

Previous post

Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial

Next post

'Pilih Dunia Anda’ Famili BMW X.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *