Michelin Energy XM2+ Masuk Pasaran Malaysia
Tayar Michelin Energy XM2+ yang hadir dengan slogan: “Your Stopping Superpower” telah dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.
Disasarkan kepada golongan belia serta pengguna yang mementingkan aspek kewangan, produk terbaru ini adalah pilihan yang ideal untuk kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana.
Melalui penggunaan kompaun getah silika 100% yang baharu, Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai. Angka-angka ini merupakan perbandingan purata dengan pengeluar tayar premium yang lain.
Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan yang 25% lebih tinggi iaitu berbanding tayar-tayar yang diperkenalkan oleh pesaing-pesaing premium yang lain.
“Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, manakala tanda ‘X’ hijau yang dibawa daripada produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang ditawarkan.
Bagi pasaran Malaysia, Energy XM2+ terbaharu boleh didapati di Tyreplus serta wakil-wakil pengedar bertauliah Michelin di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci.
No Comment