MINI John Cooper Works GP Catat Masa Bawah 8 Minit di Nurburgring
MINI John Cooper Works GP kini berada dalam fasa ujian terakhir di litar Nurburgring-Nordschleife. Walaupun masih ada fine-tuning yang perlu dilakukan sebelum pelancarannya pada tahun hadapan, model terbaru itu dikatakan sudah memecahkan rekod yang dicatat oleh versi terdahulu dengan perbezaan “hampir setengah minit”.
Walaupun catatan rasmi belum didedahkan, MINI berkata bahawa John Cooper Works GP versi terbaru berjaya mengelilingi litar sepanjang 20 km itu dalam tempoh kurang lapan minit. Rekod sebelum ini dicatatkan tujuh tahun lalu oleh JCW GP model 2013 dengan masa 8 minit 23 saat.
Menurut syarikat itu lagi, John Cooper Works GP baru mempunyai lebih 300 hp dari enjin turbo empat silinder. Antara ciri lain yang menjadikan ia unik adalah lubang ambilan udara yang lebih luas, rim aloi ringan dan rekaan bampar hadapan dan belakang dan spoiler tersendiri.
Seperti sebelum ini, model berprestasi tinggi ini akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 3,000 unit.
No Comment