Selamat Ulangtahun Ke 51 Kepada Oliver Blume
Jejaka yang menguruskan jenama Porsche baharu sahaja berumor 51 tahun dan mengapakah ini penting untuk awak dan saya? Well, dialah yang akan memastikan mobiliti elektrik dimulakan kepada seluruh jenama Porsche dan tidak akan mengecewakan peminat semasa dengan model Porsche EV masa depan.
Dalam temu bual baru-baru ini, beliau berkata, “Porsche adalah dan akan sentiasa menjadi jenama kereta sukan – dengan enjin petrol dan sistem pemanduan elektrik. Dan kami komited kepada objektif perlindungan iklim Paris. Sebagai pengeluar kereta, ianya amatlah jelas bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk mengurangkan pelepasan CO2 dari pengangkutan; walaupun kita hanya mempunyai bahagian pasaran yang sangat kecil sebagai pengeluar premium, namun demikian, ianya tidak terfikir langsung untuk rakan-rakan saya di Lembaga Eksekutif dan saya sendiri untuk lepas tangan – sebenarnya, kita lebih memahami prestij jenama kita sebagai memberi kita cara untuk menetapkan contoh positif “.
No Comment