Berita Auto

Pemilik Beetle Dijemput Sertai Perhimpunan Beetle Terbesar di Malaysia

Buat julung-julung kalinya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan acara Beetle, An Iconic Gathering yang akan diadakan di ruang parkir terbuka Istana Kehakiman, Putrajaya pada 13 Julai 2019.

BHP Banner Kedai Tayar Tipu

Acara ini menjemput semua pemilik Beetle dari semua latar belakang bukan sahaja  bagi tujuan meraikan model klasik itu, malah untuk cuba memecahkan rekod sedia ada perhimpunan Beetle terbesar di Malaysia.

Acara akan dimulakan dengan konvoi Beetle Sunshine Tour yang melibatkan sebanyak 100 buah Beetle yang akan dilepaskan di  tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Konvoi itu akan melalui jalan-jalan di Segi Tiga Emas sebelum bergerak ke Putrajaya di mana ia akan menyertai Beetle yang lain di Istana Kehakiman.

Volkswagen Beetle

Acara Beetle: An Iconic Gathering dibuka kepada semua pemilik Beetle. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web Volkswagen https://bit.ly/2X2poH7. Penyertaan adalah percuma dan perincian acara akan diberikan ketika pendaftaran dalam talian dibuat. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan daripada Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Volkswagen akan menamatkan pengeluaran produksi Beetle yang sangat digemari pada tahun ini. Kami mahu memberikan ucapan selamat jalan kepada model terlaris ini dengan meraikan warisannya. Justeru, kami ingin menjemput pemilik dan peminat Beetle untuk sama-sama berkumpul, sekali gus memecahkan rekod dan meraikan Bug kegemaran dunia ini.

Volkswagen-Beetle_Last_Edition-2003-1280-05

“Ini merupakan peluang terbaik untuk peminat Beetle melihat sendiri model Beetle klasik dan terkini dalam pelbagai bentuk penampilan. Kebanyakan daripadanya sudah menerima sentuhan tersendiri untuk disesuaikan dengan personaliti pemiliknya yang penuh warna-warni,” kata Erik.

Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, Beetle dianggap sebagai ikon automotif yang original. Ia telah menikmati kejayaan selama 80 tahun dengan lebih 21.5 juta terjual di seluruh dunia.

Previous post

Bagaimana Pemilik CR-V Ini Kena Tipu Kedai Tayarnya

Next post

Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *