Sesi TT VW Beetle Terbesar Di Malaysia
Volkswagen Malaysia sedang menganjurkan Beetle, An Iconic Gathering.
Acara yang mengalu-alukan pemilik Beetle dari semua lapisan masyarakat dalam perayaan klasik kultus, akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Istana Kehakiman di Putrajaya pada 13 Julai 2019 ini. Volkswagen akan cuba memecahkan rekod Perhimpunan Beetle Terbesar Malaysia dan menyeru kepada semua pemilik Beetle klasik dan semasa untuk bersama-sama turut serta dalam usaha ini.Perayaan itu akan bermula dengan konvoi 150 buah Beetle Sunshine Tour yang akan di flag-off di tengah-tengah Kuala Lumpur. Konvoi ini akan melalui jalan-jalan Segitiga Emas sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya di mana ia akan menyertai kereta Beetle yang lain di tempat letak kereta Palace of Justice.Beetle: An Iconic Gathering dibuka kepada semua pemilik Beetle di Malaysia dan peserta yang berminat boleh mendaftar kereta mereka di laman web Volkswagen di https://bit.ly/2X2poH7. Penyertaan adalah percuma, dan butiran acara disediakan semasa pendaftaran dalam talian. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan dari Volkswagen.Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, Beetle dianggap ramai sebagai ikon automotif yang ori. Ia telah menikmati lebih daripada 80 tahun kejayaan dengan lebih daripada 21.5 juta unit dijual di seluruh dunia.
No Comment