Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Cara Untuk Periksa Samada Beg Udara Sebuah Kereta Terpakai Pernah Digunakan Atau Tidak?

Setiap peniaga kereta terpakai akan memberitahu anda bahawa kenderaan yang mereka jual adalah ‘accident free’ (tak pernah kemalangan). Paling buruk pun mereka akan mengaku bahawa ‘hanya’ ada kemek dan calar sikit dan itulah sebabnya ada bekas cat baharu atau lampu depan kelihatan cerah dan baru.BHP Banner beg Udara terpakai

Kemudian hari, anda dapat tahu bahawa kereta itu pernah kemalangan teruk. Anda kembali mengadu kepada peniaga dan mereka hanya mengangkat bahu mereka dan berkata, ‘Saya juga tidak tahu dan pemilik sebelumnya berbohong kepada saya’! Ini adalah isu biasa dan pemilik baru kereta itu kini memandu kereta mereka dengan rasa tidak puas hati.’

Jadi, hari ini kita mempunyai teknologi di pihak kita. Dalam tempoh 15-17 tahun yang lalu, hampir semua kenderaan yang dijual di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 2 beg udara atau lebih. Sekarang, jika beg udara telah diganti akan ada rekod penggantian (recall airbag Takata).

Pila beg udara digunakan semasa kemalangan airbag, modul dan penutup di papan pemuka perlu digantikan. Juga, semua elektronik yang terlibat dalam penggunaan beg udara mesti diperiksa dan diganti jika perlu. Ini agak mahal dan perlu dilakukan di pusat servis yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja dan juga membekalkan beg udara dan penutupnya yang baharu.airbag-light-2Ambil perhatian, bengkel dan mekanik kemalangan yang diluluskan insurans hanya boleh melakukan pembaikan kosmetik atau mereka boleh memasangkan papan pemuka lengkap ‘potong kereta’ tanpa pembeli baharu mengetahui apa-apa pun. Tetapi, lampu cek udara atau enjin adalah petanda! Oleh itu, mereka akan mencabut lampu-lampu petanda ini dan menjual anda kereta tanpa menunjukkan lampu cek ini.

Jadi, bagaimanakah anda boleh melakukan pengesanan tahap pertama? Bila anda pandu uji kereta, jangan pusing habis kunci. Pusing hanya setakat lampu-lampu petanda menyala dahulu sebelum pencucuhan. Cari lampu periksa enjin dan lampu beg udara. Jika kedua-dua lampu ini tidak menyala, maka petanda lampu-lampu itu rosak atau wayar teputus. Selain itu, dengan kebanyakan kereta, operasi biasa adalah apabila lampu akan menyala beberapa saat dan padam. Sekiranya lampu itu kekal menyala atau berkelip, itu petanda ada masalah dengan sistem beg udara.

Walau apa pun , ini mungkin petanda kereta tersebut  bermasalah dan adalah baik untuk anda jalan keluar saja.

Walau bagaimanapun, cara terbaik untuk mengesahkan kenderaan itu rosak kerana kemalangan adalah untuk membawa kenderaan itu ke mekanik yang dipercayai untuk pemeriksaan menyeluruh tetapi sayangnya tidak ramai dari kita yang boleh berbuat demikian.

Jadi, ini dia satu senarai semak yang mudah;

1. Pastikan penutup airbag di papan pemuka tertutop rapat dan rapi dengan papan pemuka.

2. Pastikan pada tahap pra-pencucuhan kunci starter, lampu beg udara dan lampu semak enjin menyala dan tidak berkelip atau kekal semasa enjin berjalan.

3. Pastikan warna papan pemuka kereta anda adalah warna warna yang sama seperti panel pintu sampingan dan konsol tengah.

4. Cuba periksa jika peniaga berautori kereta boleh berkongsi dengan anda butir-butir sebarang penggantian beg udara atau jika ada ‘panggil balik’ untuk kereta itu dilakukan (semasa Recall Takata atau tidak)airbag-light-3

Previous post

Lubang Jalan Diperbaiki Pada Hari Sabtu

Next post

Isuzu Malaysia Cari Pemilik D-Max Dengan Mileage Tertinggi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *