Berita Auto

Porsche 718 Spyder dan 718 Cayman GT4 Kembalikan Enjin 6 Silinder

Porsche telah memperkenalkan dua model flagship bagi barisan 718 iaitu 718 Spyder dan 718 Cayman GT4. Kehadiran model-model baru ini menandakan kembalinya enjin enam silinder ke barisan 718 yang telah menggunakan enjin turbo empat silinder sejak tiga tahun lalu.

BHP Banner Renault Triber

Kedua-dua 718 Spyder dan 718 Cayman GT4 dikuasakan oleh enjin boxer enam silinder berkapasiti 4.0 liter yang diasaskan daripada enjin 911 Carrera namun tanpa pengecas turbo.

718-boxster-spyder

Enjin tersebut berupaya untuk rev sehingga 8,000 rpm dan menghasilkan 420 PS dan 420 Nm dari 5,200 hingga 6,800 rpm, membolehkan kedua-dua model ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat. Dengan transmisi manual enam kelajuan, 718 Spyder mempunyai kelajuan maksimum 301 km/j manakala 718 Cayman GT4 boleh mencapai 304 km/j.

porsche-718-cayman-gt4

Tidak seperti sebelum ini, kedua-dua model ini menggunakan casis sama yang merangkumi Porsche Active Suspension Management (PASM) yang menjadikan kenderaan lebih rendah sebanyak 30 mm. Turut disertakan adalah Porsche Stability Management (PSM) dan Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan differential mekanikal pada gandar belakang.

718-boxster-spyder (1)

718 Cayman GT4 boleh didapati dengan pakej Clubsport yang merangkumi roll bar belakang, pemadam api dan tali pinggang keledar enam poin bagi tempat duduk pemandu. Dari segi aerodinamik. 718 Cayman GT4 kini menghasilkan 50% lebih banyak downforce terima kasih kepada splitter hadapan, diffuser belakang dan spoiler tetap pada bahagian belakang.

porsche-718-cayman-gt4 (1)

718 Spyder pula mempunyai spoiler belakang yang akan keluar secara automatik apabila ia mencecah kelajuan 120 km/j. Diffuser pula membolehkan ia menjadi model pertama dalam keluarga Boxster yang menjana downforce aerodinamik pada gandar belakang.

718-boxster-spyder (2)

Kedua-dua model didatangkan standard dengan sistem brek aluminium monobloc, namun pelanggan juga boleh mendapatkan brek seramik komposit yang ditawarkan sebagai pilihan. Tayar berprestasi tinggi (UHP) turut ditawarkan. Menurut Porsche, gabungan ini menjadikan 718 Cayman GT4 10 saat lebih pantas di litar Nurburgring berbanding versi terdahulu.

Previous post

Siap Sedia Untuk Game Changer Terkini. Renault Triber!

Next post

Michelin Energy XM2+ Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *