Puspakom Nasihat Jangan Guna Orang Tengah
Semalam Puspakom muat naik pos berkenaan seorang pemandu e-hailing yang berkongsi maklumat dengan mereka mengenai seorang runner yang membuat promosinya sendiri dimedia sosial berkenaan perkhidmatan menghantar kenderaan ke Puspakom.
Puspakom mengingatkan semua pelanggan bahawa mereka tidak melantik mana-mana wakil bagi pihak PUSPAKOM untuk menjalankan pemeriksaan dan segala urusan anda dengan runner atau pihak ketiga adalah di atas pilihan dan risiko sendiri.
Pos dari facebook Puspakom 24/06/2019:
Promosi Runner berkenaan:
“Puspakom menggalakkan para pelanggan berurusan secara terus dengan pegawai kami. Sekiranya anda diganggu oleh pihak ketiga/runner, anda boleh membuat laporan polis atau menghubungi pihak kami melalui emel whistleblower@puspakom.com.my atau hubungi kami di talian 03-2052 8989.”
No Comment