Bisnes

Proton Catat Jumlah Jualan Tertinggi Dalam 46 Bulan

Mei 2019 menyaksikan Proton mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan dengan 10,611 unit, menghasilkan peningkatan sebanyak 51.3% berbanding April tahun lalu dan anggaran peratusan pegangan pasaran 17.2%.

BHP Banner Alignment

Pertumbuhan jualan Proton yang kukuh pada tahun 2019 diterajui oleh X70, dengan jualan sebanyak 2,439 unit pada bulan Mei. Secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, Persona dan Iriz 2019 masing-masing mencatat jualan sebanyak 2,972 unit dan 940 unit, mewakili 36% daripada jualan keseluruhan Proton. Kedua-dua model tersebut telah menerima lebih daripada 10,000 tempahan setakat ini dan dijangka akan mendapat lebih banyak tempahan dalam beberapa bulan akan datang.

Proton Persona Front Quarter

Satu lagi model yang menunjukkan kenaikan adalah Saga dengan jualan sebanyak 3,610 unit pada bulan Mei tahun ini. Menurut Proton, model itu akan menerima penambahbaikan ketara pada separuh kedua tahun ini.

Untuk Jun 2019, Proton akan menumpukan usahanya untuk menaikkan jumlah jualan Exora facelift disamping menambah lebih banyak cawangan 3S/4S.

Previous post

Lexus NX300 2019 Boleh Mula Ditempah

Next post

Porsche Macan Premium Package Bakal Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *