Usaha Scania Mengurangkan Penggunaan Bahan Api & Pelepasan CO2
Pelancaran Scania Ecolution di Pameran Kenderaan Komersil Malaysia 2019 / Malaysian Commercial Vehicle Exhibition (MCVE) 2019, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg Dato ‘Kamarudin Jaffar.
Scania Ecolution adalah kerjasama antara Scania dengan para pelanggan bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO2) bertumpu kepada dua aspek; 1) mengurangkan kos operasi yang diterjemahkan bagi menambah baik keuntungan 2) keprihatinan terhadap inisiatif hijau.
Kenyataan Media
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2019 – Scania Malaysia dan Aone Logistics Sendirian Berhad (Sdn Bhd) menandatangani satu perjanjian trak Scania Ecolution pertama di Asia ketika Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2019 (MCVE).
Scania Ecolution adalah kerjasama yang dibuat khusus antara Scania dengan para pelanggan bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO2). Ini boleh dicapai melalui pengoptimuman kenderaan dan persetujuan kadar sasaran pengurangan pelepasan bahan api serta karbon dioksda (CO2). Kemajuan dalam mencapai sasaran ini akan dipantau dengan kerap melalui penilaian serta perbincangan dengan Pengurus Scania Ecolution. Scania Ecolution bertumpu kepada dua aspek iaitu untuk mengurangkan kos operasi yang diterjemahkan bagi menambah baik keuntungan di samping keprihatinan terhadap inisiatif hijau.
Majlis tandatangan terselamat dimeterai oleh Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström yang menandatangani perkongsian persefahaman dengan Pengarah Urusan Logistics Sdn Bhd, S. Palani, disaksikan oleh Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Sweden di Malaysia.
“Di Scania, kami percaya bahawa kemampanan dan keuntungan bergerak secara serentak dan Scania Ecolution memudahkan peralihan tersebut dengan satu sistem pengangkutan yang lebih mampan. Ini merupakan satu pendekatan holistik yang lebih bertanggungjawab serta menjadikan pengangkutan lebih mampan untuk orang ramai dan barangan,” kata Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström.
“Malaysia dalam penglibatannya kepada Perjanjian Paris dengan sukarelanya komited untuk mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau kepada 35-45% sebelum 2030 (berdasarkan garis asas 2005). Melalui kerjasama dengan para pengendali tempatan, model Scania Ecolution adalah salah satu cara penyelesaian untuk membantu mencapai komitmen ini.” tambah Marie.
Aone Logistics Sdn Bhd memperolehi 15 trak Scania Rangkaian Siri G pada awal tahun ini bagi menambahkan keperluan trak dan pengangkutannya. Perolehan tersebut telah dibuat dengan terma sewa beli yang lengkap dengan kontrak penyelenggaraan dan pembaikan termasuklah Scania Fleet Care. Aone Logistics Sdn Bhd akan dapat meningkatkan lagi pengoptimuman operasi mereka dengan perjanjian Scania Ecolution.
“Selain daripada prestasi, keselamatan dan kebolehpercayaan trak Scania, Scania Ecolution akan membantu perniagaan kami dari segi penemuan simpanan kos bagi setiap perincian operasi kami. Pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2), pelepasan dan keberkesanan bahan api yang lebih baik, juga memenuhi salah satu komitmen Aone Logistics dalam memelihara alam sekitar,” kata Pengarah Urusan Aone Logistics Sdn Bhd, S. Palani.
Pencapaian Lanjut di MCVE 2019
MCVE pada tahun ini juga menyaksikan perjanjian pertama di Johor antara trak Scania Ecolution dengan Naidu Trans Logistics Sdn Bhd yang menandakan satu lagi pencapaian bagi Scania Ecolution. Ditubuhkan sejak 2002, Naidu Trans Logistics Sdn Bhd adalah sebuah syarikat logistik dan pengangkutan yang beroperasi di Skudai, khusus dalam pengangkutan jalan dan perkhidmatan penggudangan. Syarikat tersebut memperolehi lebih daripada 20 buah trak Scania dengan pembelian trak Scania terbarunya pada Julai 2018.
“Penyelesaian pengangkutan yang mampan adalah sangat penting kepada Naidu Trans Logistics Sdn Bhd kerana kesemua trak kami sentiasa membuat penghantaran barangan ke seluruh negara. Perjanjian kami dengan Scania melalui Scania Ecolution memastikan kami boleh mencapai sasaran perniagaan yang dikehendaki serta memberi keuntungan di samping mengurangkan impak terhadap alam sekitar,” kata Pengarah Naidu Trans Logistics Sdn Bhd, Boss Naidu.
Scania Malaysia seterusnya mencapai satu lagi kejayaan dengan menandatangani perjanjian trak Scania Ecolution pertama untuk wilayah Timur khususnya Pahang dengan Gateway Shipping Sdn Bhd, sebuah syarikat logistik yang beroperasi sejak tahun 1995 dan kini memiliki 25 trak Scania.
Pengarah Urusan Gateway Shipping Sdn Bhd, Encik Rishinsa Yusoff menganggap Scania sebagai rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan komited untuk memelihara alam sekitar.
Lanjutan daripada pelancaran Generasi Trak Baru pada awal tahun ini, Scania Malaysia membentangkan Rangkaian Siri S Cab pertama bagi Generasi Trak Baru di Malaysia kepada Heng Seng and Co., salah satu pengeluar pertama cecair gas petroleum (LPG) di Semenanjung Malaysia. Generasi Trak Baru Scania direka dan dijurutera untuk memberikan pemilik trak Scania kecekapan bahan api yang lebih baik serta merendahkan pelepasan karbon dioksida (CO2) serta janakuasa api yang dikemaskini, aerodinamik yang ditambahbaik dengan rekacipta baru hadapan serta chasis. Keselamatan yang tiada kompromi telah diperkuatkan dengan tirai beg udara yang telah memenangi anugerah. Sementara itu, Rangakain Siri S Cab ini adalah paling tinggi di kalangan rangkaiannya dan berciri lantai rata khas serta berbumbung tinggi untuk ruangan dalaman maksimum serta memberi keselesaan ketika pemanduan jarak jauh.
“Kami amat gembira bekerjasama dengan Scania kerana mereka memahami kepentingan jenis pengangkutan yang tepat, dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan yang betul, juga dipercayai memberikan hasil yang dikehendaki memandangkan pusat LPG kami amat patuh kepada peraturan keselamatan yang ketat. Heng Seng telah menjadi antara organisasi utama LPG di negara ini hasil dari kerjasama bersama Scania dan pemilikan trak Rangkaian Siri S Cab ini akan memberikan kelebihan yang lebih baik kepada perniagaan kami untuk jangka masa panjang,” nyata Pengurus Besar Heng Seng, Steven Tan Kim Soon.
Selain mempamerkan penyelesaian sebahagian daripada pengangkutannya yang mampan, termasuklah Scania Ecolution, Scania Malaysia juga turut memaparkan Trak Generasi Barunya yang telah memenangi anugerah khususnya trak S450A6x2NA, G360B8x2NA dan R560A6x4NZ. Rangkaian siri G adalah bersaiz pertengahan bagi Trak Generasi Baru yang menyediakan Cab yang sesuai untuk aplikasi rangkaian yang lebih besar, manakala Rangkaian Siri R menyediakan rangkaian enjin premium dan lebih berkuasa untuk pengangkutan panjang serta persekitaran kerja yang lebih diperlukan. Rangkaian Trak Generasi Baru serba boleh ini turut menyediakan para pelanggan dengan keseluruhan operasi yang ekonomi dan baik serta berkeuntungan.
Scania Malaysia juga memaparkan bas berchasis K410IB4x2 kepada para pelawat untuk memahami tentang penekanan keselamatan yang lebih baik serta pengurangan impaknya kepada alam sekitar dalam semua pengangkutan Scania. Chasis bas yang didatangi dengan fungsi Scania Opticruise bercirikan tahap bunyi rendah dengan penggantungan udara penuh memberikan tahap keselesaan yang tiada tandingan, sistem brek elektronik (EBS), Scania Retarder, kawalan daya tarikan, ekonomi bahan api yang lebih baik dengan tork yang lebih tinggi pada enjin rev rendah dan roda stereng berlaras penuh serta pedal untuk keselesaan pemandu. Penghasilan ciri ini memberikan keselamatan dan bahan api yang lebih cekap pada sebuah bas untuk perjalanan jauh, termasuklah merendahkan impaknya kepada alam sekitar.
Kelengkapan untuk pengangkutan Scania adalah antara penyelesaian Scania juga turut dipaparkan. Antara rangkaiannya termasuk Sistem Penyelenggaraan, Servis Bengkel, Servis Berkontrak, Servis Berkaitan, Latihan dan Bimbingan Pemandu, Servis Alatan, Servis Kewangan melalui Scania Credit Malaysia dan Scania Assistance.
Pertandingan Uji & Pandu Scania – Edisi MCVE 2019
Pertandingan Uji & Pandu Scania- Edisi MCVE 2019 kembali pada tahun keempatnya, memberi para pelawat dan rakan media peluang untuk memandu Trak Generasi Baru keluaran Scania dan bas Scania pada persekitaran yang terkawal. Para peserta perlu melengkapkan tugasan khusus untuk memenangi barangan eksklusif Scania. Pertandingan tersebut juga dianjurkan sebagai satu langkah untuk para pelawat untuk memahami cabaran pemanduan sebuah trak juga impak terhadap pemandu trak di jalan raya – dengan mudah dan selamat bersama Scania.
Sebagai acara tambahan kepada Pertandingan Uji & Pandu Scania, para pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau yang merupakan salah satu penerima Dana Sarjana Mampan Scania Malaysia juga dibentangkan tentang kepentingan serta definisi kemampanan. Satu Pertandingan Mewarna Sarjana Kemampanan untuk kanak-kanak juga akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Jun 2019 untuk memberi pengajaran kepada mereka tentang kepentingan untuk menjaga dan membantu menyelamatkan alam sekitar.
No Comment