Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan dua varian baharu minyak enjin motosikal separa sintetik Shell Advance AX7 sebagai pelengkap kepada varian 10W-40 yang sedia ada.
Kedua-dua varian Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 dijual dengan harga RM33.90 bagi setiap pek 1 liter (harga runcit yang disyorkan).
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell Advance AX7 yang popular itu kini menawarkan tiga gred kelikatan bagi membolehkan penunggang memilih minyak enjin yang benar-benar menepati keperluan mereka.
Ketiga-tiga gred tersebut dirumuskan dengan Teknologi Active Cleansing oleh Shell yang memberikan perlindungan lengkap untuk motosikal anda. Antara manfaat yang dapat dinikmati adalah:
- enjin yang 33% lebih bersih
- perlindungan 29% lebih baik pada suhu yang tinggi
- penambahan jarak perjalanan sejauh 3 km bagi setiap liter bahan api
- perlindungan dari kehausan yang 36% lebih baik berbanding had industri
- tiada kehilangan kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000 km
Shell Advance AX7 15W-50 baharu yang lebih pekat menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa dan perlindungan yang lebih baik bagi enjin yang digunakan dalam tempoh yang lama dalam keadaan tekanan enjin yang tinggi.
Shell Advance AX7 10W-30 baharu yang mempunyai kelikatan yang lebih rendah menawarkan ekonomi bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik. Ia membolehkan tambahan perjalanan sehingga 3 km lebih berbanding dengan minyak mineral.
Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada pula mempunyai formulasi seimbang yang memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal bagi penunggangan harian. Ia amat sesuai untuk memberikan perlindungan yang diperlukan bagi keadaan lalu lintas yang terhenti-henti.
Bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk mengikut cadangan pengilang (OEM) berkenaan gred kelikatan dan penarafan kualiti minyak enjin, sebagaimana yang dinyatakan dalam manual pemilik untuk mendapatkan prestasi yang optimum.
Produk-produk baharu ini diadun dan dipek di Malaysia, serta dilengkapi dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ di bahagian hadapan untuk tujuan pengecaman produk tersebut sebagai produk Shell Advance tulen untuk dijual di Malaysia.
Label baharu di bahagian hadapan boleh ditanggalkan untuk mendedahkan kod QR yang unik bagi membuat pengesahan ketulenan produk dengan segera, sementara label di belakang menampilkan maklumat produk dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
No Comment