Berita Auto

7,050 Unit Honda CR-V ’18 Dipanggil Semula

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen kemaskini produk melibatkan 7,050 unit Honda CR-V model tahun 2018 bagi menukar butang tuil gear sebagai langkah berjaga-jaga.

BHP Banner Sedan Sale Drop

Bagaimanapun, semua model semasa tidak terlibat dengan kempen ini. Honda Malaysia menyatakan bahawa mereka akan terus mengamalkan ketelusan dan kawalan ketat demi pelanggan.

Unit yang terlibat mungkin mengalami kesukaran untuk menggerakkan tuil gear dari kedudukan Parking (P) ke gear yang lain. Pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia dan oleh itu, syarikat itu memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terlibat dengan kempen ini.

Honda CR-V Launch 11

Penggantian butang tuil gear adalah percuma dan sebarang kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang lengkap dengan perincian kemaskini produk tersebut.

Mereka yang menerima surat tersebut dinasihatkan untuk segera menghantar kenderaan mereka ke pusat servis terdekat untuk pemeriksaan. Menurut Honda Malaysia, stok akan tersedia secara berperingkat.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

Previous post

Barisan Honda Civic dan Integra Type R di AOS 2019

Next post

Auto Bavaria Di Desa ParkCity Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *