Allianz Serah 24 Topi Keledar Kepada Pemenang Peraduan Media Sosial
Allianz Malaysia Berhad telah menyerahkan hadiah berupa topi keledar jkepada 24 pemenang peraduan Allianz Motorcycle Plus Facebook dan Instagram.
Pada bulan Mei, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad melancarkan Allianz Motorcycle Plus yang menawarkan motorsikal di bawah 245cc perlindungan tambahan seperti Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal), Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 hari) dan Perlindungan Jumlah Diisuranskan Sepenuhnya Peril Khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain) tanpa kos tambahan.
Linda Lor, Ketua Pengurusan Jualan untuk Allianz General berkata: “Sejak pelancarannya pada bulan May, Allianz Motorcycle Plus telah mendapat banyak perhatian dan kita ingin meneruskan perbualan tentang produk tersebut. Peraduan tersebut merupakan peluang terbaik untuk kita berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pengikut media sosial dan untuk mereka mempelajari tentang produk tersebut.”
Pertandingan tersebut diadakan dari 3 Jun hingga 1 Julai dan telah menerima sejumlah 1,337 penyertaan.
No Comment