Beli Isuzu D-Max dan Menangi Pakej Percutian ke Iceland
Isuzu Malaysia menawarkan 10 pelanggan bertuah peluang untuk memenangi percutian idaman melalui peraduan “Win an Adventure of a Lifetime “. Pemenang hadiah utama akan menikmati percutian 10-hari untuk dua orang dengan penerbangan kelas perniagaan ke Iceland.
Sementara itu, dua pemenang untuk hadiah pertama pula akan menikmati percutian 9-hari/7-malam untuk dua orang ke Greece, manakala dua pemenang hadiah kedua pula akan berpeluang bercuti selama 9-hari/7-malam untuk dua orang ke Turki.
Bagi pemenang lima hadiah istimewa pula, mereka akan terbang bersama pasangan untuk perjalanan 8-hari/6-malam ke Korea. Semua pemenang peraduan ini akan menikmati penginapan di hotel empat-bintang termasuk hidangan makanan.
“Peraduan ini merupakan cara kami untuk menggalakkan warga Malaysia meneroka dan menikmati keindahan dunia. Melalui barisan kenderaan dengan kepelbagaian kegunaan seperti Isuzu D-Max, penerokaan dan pengembaraan menjadi satu dorongan, terutama untuk menjelajah dan melihat sendiri keindahan yang ditawarkan, bukan sahaja di Malaysia, malahan dunia,” jelas Masayuki.
Untuk merebut peluang percutian melalui peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli sebuah Isuzu D-Max dari mana-mana pengedar sah Isuzu di seluruh negara, dan kenderaan itu perlulah didaftarkan sebelum 30 September 2019 untuk melayakkan mereka mengisi borang penyertaan.
No Comment