Bisnes

Kewangan Jaguar Land Rover Tidak Berapa Sihat Buat Masa Sekarang

Defender semua baru mungkin mengembalikan sinar mereka.

BHP Banner JLR Bisnes

Land Rover semua baharu perlu sampai ke bilik pameran secepat mungkin untuk memulihkan kerugian Jaguar Land Rover tahun lalu.

jaguar-business 2jaguar-business 3jaguar-business 4

Mereka mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak  £395 juta sebelum item luar biasa pada suku ini, berbanding dengan kerugian £264 juta pada tahun sebelumnya, kata Tata Motors dalam satu kenyataan Khamis lalu.

jaguar-business 5jaguar-business 6jaguar-business 7

Pendapatan suku tahunan telah merosot 2.8 peratus kepada £5.1 bilion.

Jualan runcit global Land Rover dan Jaguar turun 11.6 peratus kepada 128,615 untuk suku tahun ini.

jaguar-business 8jaguar-business 12jaguar-business 13

Walau bagaimanapun, JLR mempunyai jualan rekod di pasaran rumah UKnya, naik 2.6 peratus tahun ke tahun, manakala jualan China meningkat pada bulan Jun berbanding bulan sebelumnya.

jaguar-business 14jaguar-business 15jaguar-business 16

Prof. Dr. Ralf Speth, Ketua Eksekutif JLR mengulas, “Jaguar Land Rover sekarang sedang menjalani transformasi utama. Kami kini mempermudahkan perniagaan kami, mengukuhkan strategi produk kami dan mengadaptasikan diri dengan keadaan pasaran yang sukar. Kami akan membina asas kukuh dan meningkatkan kecekapan operasi untuk kembali ke keuntungan tahun fiskal ini.”

jaguar-business 17

 

Previous post

Toyota Buka Pusat 2S di Klang

Next post

Rolls-Royce Phantom V Terbiar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *