Pelancaran 7-Series Dan X7 BMW Malaysia
BMW Malaysia sekarang ada dua kenderaan perdana. Hari ini mereka melancarkan 740Le xDrive dan X7 xDrive40i yang baharu dan kedua-duanya dengan trim ‘Pure Excellence’.
BMW 740Le xDrive Pure Excellence – RM594,800
Seperti yang terdahulu, 7-Series ini dipasang tempatan dan ia masih merupakan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dengan panduan semua roda yang pintar.
Kali ini walau bagaimanapun, motor elektriknya mampu menghasilkan 113hp (naik dari 111hp) dan jarak elektriknya adalah sebanyak 46km (naik dari 41km). Lebih menarik lagi, ia kembali kepada enjin petrol 3 liter inline 6. B58B30 ini menghasilkan 388 hp dan 450Nm. Keluaran sistem gabungan pada 394hp dan 600Nm.Ini membolehkan 740Le baharu ini memecut dari 0-100km / j dalam hanya 5.1 saat dan masih 2.8L / 100km apabila didorong pada kadar yang lebih kerap.
Automatik Steptronic 8 kelajuan dikatakan disepadukan dengan sistem navigasi, kamera dan sensor radar. Ini membolehkan penggunaan lebih efisien sistem start / stop dan fungsi pemancaran.Sistem bantuan pemandu termasuk:
Bantuan Mengelak (Evasion Aid) yang menggunakan intervensi stering untuk membantu pemandu mengelak dalam keadaan kecemasan yang memerlukan reaksi segera.
Amaran perentasan trafik dengan fungsi brek yang unik, iaitu ‘Crossroads Warning with City Brake Activation’
Bantuan Stering dan Kawalan Laluan (Steering and Lane Control Assistant)
Bantuan Parkir (Parking Assistant) dan
Bantuan Mengundur (Reversing Assistant). Bahagian dalamnya adalah sama dengan kereta pra-facelifted, termasuk:
Akustik yang ditambah baik lanjutan daripada penggunaan penebat bunyi hingar di bahagian arkus roda belakang serta elemen kalis bunyi yang optimum diterapkan pada tiang B (B-pillar) jentera berkenaan.
Tempat letak peranti mudah alih yang baharu, ia mempunyai keupayaan pengecasan tanpa wayar untuk peranti-peranti yang tertentu dan boleh diakses dengan mudah kerana ia terletak di posisi yang sesuai dalam capaian tangan pemandu.Stereng sport yang bergaya serta panel instrumen dalam kemasan kulit yang lembut.
Trim kayu halus ‘Poplar Grain Grey’,
Material bumbung ‘Alcantara’ dan upholsteri dalam kemasan ‘Nappa Leather’.
Tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik juga didatangkan dengan fungsi mengurut untuk penumpang di belakang.BMW 7 Series yang baharu ditawarkan dalam empat warna:
- Putih (Mineral White),
- Hitam (Black Sapphire),
- Kelabu (Bernina Grey) dan
- Biru (Imperial Blue).
Material Upholsteri dalam dua pilihan:
- ‘Black Nappa Leather’
- ‘Cognac Nappa Leather’.
BMW X7 xDrive40i Pure Excellence – RM888,800
X7 adalah kemasukan baharu untuk BMW. Tidak banyak yang berubah dari konsep yang diperkenalkan kepada kita di Bangsar Shopping Centre tahun lepas.
Ianya adalah SUV 7 tempat duduk mewah yang lebih besar yang berkongsi beberapa ciri reka bentuk dengan 7-Series seperti jeriji buah pinggang dan penggunaan krom membingkaikan komponen salur masuk udara. Panjang 5 meter, lebar 2 meter dan mempunyai jarak roda 3.105 meter.Ia juga dikuasai enjin petrol 6 silinder 3.0L dengan 340hp dan 450Nm dengan transmisi Steptronic 8 kelajuan. Dan walaupun saiznya, ia masih boleh memecut dari 0-100km / j hanya dalam masa 6.1 saat. Keselesaan pemanduan dinaik taraf dengan sistem Kawalan Peredam Dinamik (Dynamic Damper Control) yang berupaya untuk memproses data daripada sistem navigasi serta kamera hadapan.Sebuah suspensi udara dwigandar yang dapat menawarkan pilihan untuk melaraskan suspensi kereta ini setinggi 80 mm, dengan lima tetapan ketinggian yang berbeza. Bekalan udara suspensi tersebut dikawal secara berasingan untuk setiap roda dan ia menggunakan teknologi pemampat yang senyap dengan reservasi tekanan, lantas kereta ini dapat diimbang walaupun ia dimuatkan dengan berat yang tidak sekata.
Tidak kurang menariknya, set roda aloi ringan 21 inci dalam penggayaan Y-spoke dwiwarna 753 dengan tayar ‘run-flat’ juga ditawarkan sebagai standard.Interior sama seperti 7 baharu. Anda dapat BMW Live Cockpit Professional dengan sistem operasi, BMW Operating System 7.0 dengan kluster instrumen digital 12.3 inci yang mempunyai fungsi skrin sentuh serta antara muka (interface).
SAV mewah ini turut membawakan BMW Intelligent Personal Assistant yang dikawal dengan suara.
Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control) juga kini dapat mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada tujuh pergerakan tangan yang berbeza.
Bumbung kaca Panoramik – ‘Sky Lounge’ yang turut membawakan senario pencahayaan LED.
Tetapi kemuncak ruang kabin jentera BMW X7 ini ialah elemen trim cantik buatan tangan “Crafted Clarity” yang dipadankan ke atas tuil gear, pelaras bunyi pembesar suara, butang Mula/Henti dan Pengawal iDrive (iDrive Controller).
Kedua-dua kereta ini akan berada di bilik pameran BMW pada 19 Julai di Semenanjung Malaysia dan pada 26 Julai di Malaysia Timur.
No Comment