Dasar Automotif Kebangsaan 2019 Akan Wartakan September Ini
Adakah ia akan mengubah landskap automotif Malaysia?
Ya, setelah tiga penangguhan rasmi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) akhirnya mengesahkan kepada kami bahawa Dasar Automotif Nasional untuk 2019 (NAP 2019) yang di tun ggu-tunggu akan diwartakan sepenuhnya kepada kami dan seluruh industri automotif pada September 2019 ini.;
Timbalan Menteri Dr Ong Kian Ming (gambar di bawah) berkongsi maklumat ini dengan kami dan pemilik jenama automotif yang hadir disatu persidangan pagi semalam.
Dasar ini akan termasuk:
Subsidi cukai Energy Efficient Vehicle (EEV) baharu untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan pelepasan yang lebih rendah.
Promosi kenderaan L3 autonomi.
Keputusan untuk menamatkan polisi kenderaan akhir hayat yang merupakan program yang ditekan keras oleh pengeluar kereta untuk merangsang pemilik kereta lama dan pemilik kereta berpendapatan rendah yang menggunakan kereta lama untuk trade-in kenderaan baru.
No Comment