Ford Derma AS$8,000 Kepada Montfort Boys Town
Derma untuk tingkatkan kemudahan latihan melalui geran pendidikan Ford untuk membantu Montfort Boys Town untuk mendapatkan dua tiang pengangkat (lift post) bagi kegunaan Jabatan Pemasangan Automotif.
Kenyataan Media
SELANGOR, Malaysia, 1 Julai 2019 – Ford Motor Company dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menganugerahkan geran bernilai AS$8,000 kepada Montfort Boys Town melalui program Geran Pendidikan Ford di Malaysia yang bertujuan untuk menyokong industri automotif tempatan dalam bentuk latihan untuk melahirkan juruteknik bertauliah.
Geran AS$8,000 itu membantu Montfort Boys Town untuk mendapatkan dua tiang pengangkat (lift post) bagi kegunaan Jabatan Pemasangan Automotif. Ia juga memastikan agar jabatan tersebut memiliki kemudahan latihan yang terkini seterusnya membantu para pelatih memperolehi pengetahuan dan kemahiran praktikal sebagai sokongan untuk mereka menjadi juruteknik automotif yang berjaya.
“Memberi sumbangan kepada masyarakat di mana kami bertapak merupakan komitmen penting Ford,” kata Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Pasifik. Dengan gandingan rakan tempatan kami Sime Darby Auto ConneXion, kami begitu berbangga untuk terus menyokong Montfort Boys Town dan menyediakan peluang berserta latihan praktikal dan pembangunan kemahiran untuk para pelatihnya.
Montfort Boys Town menyediakan latihan praktikal vokasionaldan kemahiran hidup kepada belia yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menceburi dunia pekerjaan dan menjalani kehidupan yang berjaya. Pada tahun 2017 Ford telah menyumbang dua kenderaan Ford dan peralatan sehingga membolehkan Montfort Boys Town menambah satu lagi program latihan di dalam kurikulum mereka.
Sokongan kepada Montfort Boys Town adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Tanggungjawab Sosial Korporat oleh Ford di Malaysia. Inisiatif yang lain termasuklah program yang pernah memenangi anugerah iaitu Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup – program latihan pemanduan selamat untuk semua pemandu berlesen dari pelbagai peringkat usia. Selain itu, satu lagi acara tahunan yang terkenal dari Ford, Bulan Prihatin Sedunia di mana kakitangan Ford dan sukarelawan yang terdiri dari agen-agen Ford melibatkan diri di dalam pelbagai projek khidmat masyarakat.
No Comment