Harga Kereta Ferrari Di Stesyen Shell Seluruh Malaysia Naik Lebih Dua Kali Ganda
12 tahun sudah berlalu sejak Shell dan Ferrari bekerjasama untuk memberi peluang kepada rakyat jelata Malaysia memiliki sebuah dua kereta Ferrari … kereta Ferrari mainan.
Pada tahun 2007 Shell memperkenalkan pelbagai koleksi kereta mainan Ferrari dan mereka menjual hampir 2 juta kereta ini dalam hanya 12 bulan. Rakan saya Daniel, membeli hampir 40 biji kereta kecil ini kerana Daniel ada 3 kanak-kanak di rumahnya, dua anak lelakinya dan Daniel sendiri.
Saya sendiri ada koleksi saya sendiri. Tak banyak tapi adalah. Saya rasa hampir semua diantara kita ada, kurang-kurang pun … satu, ada terselit kat mana-mana.
Pada tahun berikutnya Shell membawa masuk 3 juta kereta kecil ini dan memperluaskan rangkaian Ferrari untuk memasukkan Gran Turismo Ferrari FXX, 12-silinder dua tempat duduk 599 GTB Fiorano, 250 GTO klasik dan yang amat jarang … 360 Challadable Stradale, 430 Challenge, 575 GTC dan F40 eksklusif yang dilancarkan oleh pengasas Enzo Ferrari sebelum kematiannya.
Dengan peningkatan permintaan, Shell membawa masuk model kedelapan, Enzo Ferrari berwarna kuning yang hanya tersedia kepada pelanggan yang membeli pelincir Shell Helix semasa tempoh promosi.
Pada masa itu, setiap model mini skala 1/38 ini dijual dengan harga RM5.90 kepada pelanggan yang mengisi bahan api Shell V-Power Racing bernilai RM40, manakala mereka yang mengisi Shell Super, Diesel atau Helix bernilai RM40 membayar RM8.90, tambah sedikit saja.
Pada masa itu, ia adalah harga yang murah kerana anda mendapat bahan api yang berkualiti baik dan sebiji mainan miniatur dengan ‘pull back action’ dengan harga yang sama seperti kereta miniatur Hot Wheels.Hari ini, Shell menghidupkan semula semangat Ferrari ini dengan pelancaran rangkaian baru Ferrari yang boleh didapati dari 1 Julai hingga 8 September 2019, dengan harga RM15.90 setiap satu dengan pembelian bahan api minimum sebanyak RM30 dalam satu resit, di mana-mana stesen Shell.
Ini kenaikan harga RM10.00 DAN untuk kereta mainan Ferrari pada skala 1/43 sahaja.Ada sedikit berita gembira. Pelanggan juga akan menerima rebat sebanyak RM5 apabila mereka membelanjakan minimum RM50 dengan dompet Touch N Go, manakala 5% tunai balik disediakan dengan perbelanjaan terkumpul 3x minimum yang bernilai RM150 melalui Kad Debit Maybank.
No Comment