Berita Auto

Honda Malaysia Lancar CR-V Mugen Edisi Terhad

Berita baik untuk mereka yang ingin membeli CR-V! Honda Malaysia secara rasminya telah melancarkan CR-V dengan kit badan Mugen berikutan kemunculannya di acara KLIMS’18 tahun lalu.

BHP Banner Mercedes X Class

Menurut syarikat itu, CR-V Mugen akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 300 unit sahaja dan kesemuannya adalah varian 1.5 Turbo 2WD.

Mugen yang bermaksud “tanpa had” adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat Honda. Terima kasih kepadanya, CR-V kini tampil lebih sporty dan agresif dengan tambahan spoiler hadapan, kemasan jeriji, kemasan pada bahagian sisi, spoiler belakang, sayap belakang serta logo Mugen.

IMG_2838

Bagaimanapun, ia didatangkan dengan rekaan rim 18 inci yang sama seperti versi standard. Dari segi pilihan warna, CR-V Mugen Edisi Terhad boleh didapati dalam warna White Orchid Pearl dan Red Passion Pearl yang diperkenalkan baru-baru ini.

Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna model ini masih mempunyai 193 PS dan 243 Nm yang dibekalkan oleh enjin VTEC Turbo 1.5-liter empat silinder. Enjin tersebut digandingkan dengan CVT Earth Dreams keluaran Honda.

IMG_2839

Harga atas jalan tanpa insurans bagi CR-V Mugen Edisi Terhad adalah RM153,300 untuk warna Orchid White Pearl dan RM152,900 untuk Passion Red Pearl.

Previous post

Pikap Mercedes X-Class Akan Dibersarakan

Next post

Pusat 3S Proton Dibuka di Lahad Datu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *