Kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’ Shell Raih RM1.92 Juta
Shell Malaysia mengumumkan bahawa syarikat itu berjaya meraih sejumlah RM1.92 juta dalam kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’ yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kini memasuki tahun kelima, kempen tersebut dijalankan selama 10 hari dari 30 Mei hingga 8 Jun 2019 dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat semasa musim perayaan tersebut.
Sepanjang tempoh kempen itu, Shell menyumbang sebanyak 1 sen bagi setiap liter minyak Shell yang dipam dan 1 sen dari setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai Shell Select (tidak termasuk produk E-Pay, Touch ‘N Go dan perkhidmatan seperti pembayaran bil utiliti) kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Food Aid Foundation dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Kempen tahun ini menampilkan sedikit kelainan apabila pelanggan diberi pilihan untuk menderma kepada organisasi pilihan mereka. Selain itu, agensi dan rakan kongsi Shell turut berganding bahu untuk menyokong inisiatif ini melalui sumbangan dalam bentuk iklan dan sumber media.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi kami kerana membuat sumbangan. Selaras dengan misi kami untuk menjadikan perjalanan hidup lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, kami berharap inisiatif ini akan terus memberi inspirasi kepada orang lain untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.
No Comment