Kereta Nasional Terakhir?
Dulu kita ada dua atau tiga program kereta nasional dan sekarang … tidak ada?
Cuba fikirkan? Malaysia tidak akan ada kereta nasional lagi mulai Ogos 2019 ini. Kenapa?
Jualan Proton Saga semasa adalah kereta nasional Malaysia yang terakhir dan apabila Geely melancarkan Proton Saga baharu yang disemak semula pada Ogos 2019 ini, ia tidak lagi menjadi kereta nasional dan ia akan mengesahkan Proton sebagai jenama kereta Malaysia dengan kejuruteraan Cina.
Baru-baru ini Proton Exora MPV, Proton Iriz dan Proton Persona 2019 yang disemak semula mempunyai 280-305 bahagian baharu dipasang oleh para jurutera di Geely dan ini menghilangkan … status kereta nasionalnya.
Perodua macam mana? Fakta: Ini adalah syarikat yang dimiliki oleh Daihatsu dan Daihatsu dimiliki oleh Toyota dan mereka bekerja dengan Perodua untuk mereka bentuk dan menghasilkan kereta-kereta jualan terbaik seperti Alza, Axia dan Myvi yang berasal dari kilang mereka yang canggih di Rawang yang ada ramai jurutera dan kakitangan Jepun untuk memastikan pelaburan luar negara mereka terpelihara.
Memandangkan keadaan sebegini rupa, patutkah Malaysia memulakan sebuah program kereta kebangsaan yang baharu? Kami rasa dan kami cadang … tidak.
Tidak perlu, memandangkan isu-isu lama yang dilalui, faktor kos dan juga Malaysia tidak mempunyai populasi yang cukup untuk menyokong ‘usaha’ ini dan dengan Geely bersedia untuk melancarkan Proton MPV, Crossover, Sedan baharu dan mungkin juga sebuah Hot-Hatch baharu, program kereta nasional baharu macam mana pun akan menempuh kesukaran yang amat sangat untuk bersaing dengan harga dan teknologi mereka.
Walaupun program kereta nasional yang akan datang adalah kenderaan elektrik / electrik vehicle (EV) penuh, Geely sudah ada EV penuh yang baru-baru ini dilancarkan di Singapura.
Tambah lagi, terdapat pula BYD, jenama EV Cina yang baru sahaja melancarkan e6 EV mereka di Singapura.
Kedua-dua jenama EV ini boleh ‘bermain’ perang harga dan terus mengatasi mana-mana startup baharu di negara yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil. Kan?
No Comment