Lexus LS 500 Inspiration Series Penanda Aras Kemewahan
Lexus telah memperkenalkan LS 500 Inspiration Series yang ditawarkan dalam bilangan terhad iaitu 300 unit untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Apa yang membuatkan ia lebih istimewa berbanding versi standard adalah warna dan kemasan unik yang digunakan.
Ia bermula dari luaran, di mana model Inspiration Series ini didatangkan dengan warna Deep Garnet. Ia dikatakan memancarkan warna merah metalik yang berkilau di bawah sinaran matahari tetapi tetap mempunyai tona yang menyerlah di tempat teduh.
Warna ini dipadankan dengan rim berukuran 20 inci dengan kemasan Black Vapor Chrome yang menyerlahkan lagi bentuk LS 500 yang elegan.
Masuk ke bahagian dalam, anda akan menemui upholsteri kulit berwarna putih pada bahagian tempat duduk, konsol tengah dan pintu, sebagai kontras kepada warna hitam pada papan pemuka, stereng dan karpet. Menurut Lexus, warna putih yang terang ini dihasilkan melalui proses pencelupan.
Selain itu, LS 500 Inspiration Series turut menampilkan kemasan kaca Kiriko (sebelum ini disediakan menerusi Executive Package) pada panel pintu, serta pencahayaan LED berwarna biru pada papan pemuka dan lampu ‘puddle’ dengan tulisan Lexus yang terpancar setiap kali anda membuka pintu.
Aspek mekanikal tidak berubah. LS 500 terus dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 yang menghasilkan 416 hp dan 600 Nm, serta transmisi automatik 10 kelajuan. Dalam versi pacuan roda belakang, sedan ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.6 saat.
No Comment