Berita Auto

Mazda2 Facelift Tampil Lebih Elegan

Mazda2 versi facelift telah diperkenalkan secara rasmi, lima tahun selepas model generasi keempat itu pertama kali dilancarkan. Seperti Mazda3 baharu, hatchback kompak ini juga akan membuang nama Jepunnya iaitu ‘Demio’ dan akan dijual di seluruh dunia sebagai ‘Mazda2’.

BHP Banner Ingress Volvo

Dari segi luaran, Mazda2 mengekalkan bentuknya seperti sebelum ini namun jika dilihat dari sudut hadapan, ia tampil lebih moden dan elegan dengan rekaan lampu dan jeriji yang hampir sama dengan Mazda6. Rim aloi 16 inci baharu dalam kemasan ‘gunmetal’ pula menjadi pelengkap imej baru model ini.

2020-mazda2-jdm-spec (1)

Rekaan bahagian dalaman tidak jauh berbeza dengan model sedia ada tetapi ini tidak bermakna bahagian ini tidak diberi sebarang pembaharuan. Menurut Mazda, tempat duduk direka semula bagi menjadikan pemanduan lebih mudah manakala bahan penebat bunyi tambahan digunakan untuk menghasilkan suasana yang lebih senyap dan selesa.

2020-mazda2-jdm-spec (3)

Selain itu, Mazda turut menawarkan kelengkapan tambahan seperti tempat duduk pemandu boleh laras dan cermin pandang belakang dengan fungsi ‘auto dimming’. Sistem infotainmen Mazda Connect pula mendapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

2020-mazda2-jdm-spec (4)

Mazda2 pasaran Jepun kekal dengan pilihan enjin petrol Skyactiv-G 1.5 dan diesel Skyactiv-D 1.8. Menjanjikan pengendalian yang lebih selesa dan stabil, model ini turut mendapat sistem suspensi yang ditala semula serta ciri G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) seperti yang terdapat pada Mazda3 baharu. Sistem penjanaan semula tenaga brek i-Eloop kini didatangkan secara standard pada versi petrol dan diesel.

2020-mazda2-jdm-spec (2)

Bagi aspek keselamatan pula, Mazda2 kini boleh didapati dengan ciri Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi Stop & Go, Lane-keep Assist System (LAS) dan lampu LED adaptif. Ciri i-Eloop

 

Previous post

Volkswagen Arteon Dibuka Untuk Tempahan, RM290k-RM310k

Next post

Nissan Skyline Kini Berwajah GT-R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *