Pikap Mercedes X-Class Akan Dibersarakan
Berhenti menyimpan wang untuk membelinya, beli Raptor!
Trak pikap Mercedes-Benz X-Class yang dilancarkan besar-besaran pada tahun 2017 kini dikhabarkan akan bersara kerana jualan yang tidak mengalakan di semua pasarannya dan dengan penekanan lebih banyak kepada SUV, syarikat induk jenama, Daimler, berusaha mengurangkan kos di tengah-tengah amaran keuntungan.
Mercedes-Benz melancarkan trak pikap X-Class untuk mengambil kesempatan dengan permintaan global yang semakin meningkat bagi trak pikap.
Sehingga kini jualan global Mercedes X-Class hanya berjumlah 16,700 unit yang datang dari pembeli di Eropah, Australia dan Afrika Selatan.
Pasaran Amerika Utara, di mana trak pikap menikmati jualan yang berkembang pesat tidak menjadi kerana pembeli di Amerika Utara mahukan trak pikap bersaiz besar.
Dengan harga yang diminta bermula dari €37,294 di Jerman, X-Class lebih mahal daripada Ford Ranger dan Mitsubishi Triton yang merupakan pemimpin pasaran.
Mercedes X-Class BUKAN 100% produk dalam rumah.
Ia adalah usaha sama dengan Nissan Renault di mana ia menggunakan platform yang sama seperti Nissan Navara dan Renault Alaskan dengan bingkai jenis tangga konvensional.
Ia dibina di kilang Nissan di Barcelona.
No Comment