Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Bagaimana Sesetengah Pemegang AP Kaya Raya Begitu Cepat Sekali

Sudah bertahun-tahun terdapat beberapa pemegang Malaysian Approved Permit (AP) mengimport kereta yang rosak kerana kemalangan dan kemudian membaik pulih semula di bengkel Malaysia dan menjualnya kepada pembeli yang tidak tahu sebagai kereta ‘bebas kemalangan’.BHP Banner Import kereta kemalangan

Baru-baru ini syarikat syarikat tempatan yang bekerja dengan pengimport Jepun telah mendedahkan bagaimana sejarah kereta yang diimport boleh diperiksa dengan bayaran: https://www.gohedgostan.com/2019/05/scrut-my-bantu-pembeli-kereta-import-elak-ditipu/AP rich 2

Ramai pembeli kereta terpakai Malaysia agak terkejut selepas artikel kami dibaca dan ramai terus memeriksa sejarah kereta terpakai mereka sendiri. Bagi sesetengah orang, beritanya baik. Semua 100% tiada yang kemalangan. Tetapi ramai juga yang lain dapat tahu tentang sejarah sebenar kereta import mereka yang mahal.AP rich 3

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh mendapatkan wang mereka dari penjual kereta / pengimport tersebut kerana tidak ada asas yang kukuh untuk tindakan undang-undang. Mereka terpaksa hidup dengan kebenaran hodoh itu dan berharap satu hari nanti, apabila mereka menjual kereta mereka yang dibaikpulih, pemilik baru tidak akan tergerak untuk memeriksa sejarah kereta.AP rich 4

Sekarang, kami di gohedgostan.com mahukan mereka yang ingin membeli kereta baik pulih tahu akan langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan untuk memeriksa status kereta terpakai yang ingin dibeli dari Jepun. Anda perlu layari di sini untuk mendapatkan laporan. Pastikan anda semak SEBELUM anda membeli: https://japancarhistorycheck.com/basic-japanese-odometer-check/

Sementara itu, kami ingin tahu , kenapa tidak ada tindakan terhadap mereka yang meluluskan kereta-kereta kemalangan ini masuk ke Malaysia melalui pelabuhan kami dan dengan bayaran yang jauh lebih rendah?AP rich 6

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya perlu menempatkan pegawai di Jepun dan England (tempat asal banyak kereta pacuan kanan Eropah) untuk memastikan semua kereta yang untuk Malaysia adalah bebas kemalangan dan siap dengan laporan terperinci (seperti yang ditunjukkan di atas) yang dibayar oleh pemegang AP kereta. Amacam? Adakah itu patut? Apakah pendapat anda?AP rich 5

Previous post

Pelancaran 7-Series Dan X7 BMW Malaysia

Next post

Shell Malaysia Lancar Koleksi Ferrari 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *