Binaan Semula Porsche 356 Terbaik Setakat Ini
Sudah bertahun-tahun Rod Enory dan isterinya telah membina lebih daripada 170 Porsche 356 dan 911 ‘Outlaws’ sebagaimana mereka telah dikenali.
Mereka juga telah memulihkan dan memelihara beberapa kereta Works Porsche yang penting termasuk 904-6, 906, dua 908, karya pertama Pooper dan Porsche untuk Le Mans dan pemenang kelas Gmund SL dari 1949.
Emory Motorsports, yang berpangkalan di Hollywood Utara, telah membina, kata mereka “Porsche 356s yang paling ikon, tetapi telah diperibadikan di planet ini” sejak 1996, tetapi tidak ada yang merentas sempadan dari segi kedua-dua kejuruteraan dan kepekaan peminat Porsche klasik ini seperti 356 RSR.
Sebagai pemilik kedai Rod Emory, menerangkan, RSR “adalah sebuah hot rod tanpa batasan. Terlalu ramai orang bimbang tentang apa yang akan difikirkan oleh orang. Saya mahu membina kereta dengan cara yang saya mahu – ada yang akan menyukainya dan ada yang akan membencinya, tetapi pada penghujung hari, orang ramai akan menghargai apa pun kerana tahap terperinci, mutu kerja dan ketukangan yang digunakan untuk membinanya. ”
Kereta itu sendiri bermula sebagai tidak lebih dari satu coupe 1960 356 B berkarat sebelum Emory dan pasukannya campur tangan; bagaikan kanvas kosong untuk mereka mengejerkan magic mereka. “Kami mahu mengunakan semua alat-ganti terbaik dari pelbagai model dari kesemua tahun-tahun produksi Porsche dan menggabungkan semua menjadi satu pakej yang menyeronokkan, menarik dan gila”, Emory menjelaskan.
Dengan menggunakan kemahiran fabrikasi yang unik mereka, pasukan itu telah menggantikan badan karat yang asli dengan panel aluminium berprofil yang lebih luas dan agresif – bahagian-bahagian tertentu yang digolek dengan roda pengolek Inggeris lama, suatu proses yang serupa dengan yang digunakan oleh pembuat fabrik di kilang Gmünd asal.
Badan baru ini kemudiannya dicantumkan dengan teliti dengan casis 964 C2 tahun 1990, yang membolehkan Emory menyesuaikan suspensi coilover KW yang agresif, tayar yang lebih besar, melekat dan brek 964 yang lebih besar untuk memastikan kereta itu dapat mengendalikan kuasa dari 911 yang diperolehi, berhampiran 400 HP empat – silinder, enjin turbo berkembar.
Ya. Enjin, sama seperti badan aluminium yang boleh ditanggalkan, direka bentuk sepenuhnya. Direka dan dibina bersempadan dengan Rothsport Racing yang berpusat di Oregon, seni bina motor itu adalah semua 964, tetapi case dan crank baharu dibangunkan untuk membolehkan pasukan mengecilkan enjin ke empat silinder – sementara dua Garrett turbo menganti balik apa-apa kerugian kuasa.
Kedua-dua turbo itu dipasang di lokasi yang terdedah di belakang kereta sama seperti gaya Porsche 935. Sesuatu yang ternyata disengajakan . RSR pula mengambil inspirasi dari beberapa model Porsche ikonik:
Dan butirannya tidak berhenti di situ. Papan pedal, pengambilan udara dan papan pemuka semuanya dibentuk daripada gentian kaca ambar, seperti dalam 917. Terdapat tombol kawalan dari 935 yang terletak di sebelah kanan meter dari tahun yang betul, manakala kerusi baldi yang dibuat khas mempunyai kain gaya Nomex, serupa dengan estetik kepada bahan yang digunakan 908 asal.
Hasilnya ialah sebuah kereta yang memberi penghormatan kepada sejarah motorsport Porsche sambil tetap jelas California. Sesungguhnya lokasi Luftgekühlt keenam ini – acara debut untuk pembinaan khas ini – amat istimewa kepada Emory, bukan semata-mata kerana dia dan 5000 “sahabat”nya mempunyai akses kepada pintu belakang Universal Studios. Ia lebih daripada itu.
Ianya mungkin berlebihan, tetapi ia juga seumpama surat cinta yang indah untuk model Porsche yang lama dan baru. Sesuatu yang malah pengemar Porsche yang suka Porsche tulin sahaja boleh turut gembira.
No Comment