Berita Auto

Proton Umum 12 Finalis Pertandingan Pemasaran

Proton mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi (Intelligence that Inspires Challenge). Ia merupakan satu pertandingan pemasaran yang diambil dari slogan SUV pertama Proton iaitu X70.

BHP Banner Beetle Bersara

12 kumpulan ini datang dari seluruh Malaysia termasuklah Malaysia Timur. Mereka adalah:

  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar
  • Xiamen University Malaysia
  • Universiti Tunku Abdul Rahman, Sg Long
  • Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
  • Multimedia University, Melaka
  • Taylor’s University, Lakeside Campus
  • DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan

Pertandingan akhir akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) pada 29 Julai 2019. Setiap pasukan ditugaskan untuk membentangkan kajian kes pemasaran mereka kepada panel juri yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar dari bidang pemasaran dan barisan media.

Selain melakukan pembentangan, peserta juga perlu mencipta pelan pemasaran yang mungkin dihadapi oleh mereka apabila tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, ia akan menjadi ujian sebenar bukan hanya dari segi pengetahuan pemasaran dan kemahiran pembentangan malahan ujian keupayaan mereka dalam menghadapi tekanan.

Setiap institusi bersaing akan diwakili oleh kumpulan yang terdiri daripada ketua pasukan, ahli pasukan serta seorang pengajar. Hadiah akan diberikan kepada pemenang termasuklah pengajar, yang telah membimbing pelajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan dan melengkapkan hasil kerja mereka.

Selain menilai aspek kreativiti dan kemahiran perbentangan mereka, para pengadil juga akan mempertimbangkan keaslian idea-idea yang dipersembahkan serta bagaimana mereka dapat menempuh keadaan sebenar kelak. Ini menambah unsur yang menarik dalam pertandingan ini di mana kumpulan-kumpulan ini akan perlu mempertimbangkan praktikaliti idea mereka serta cabaran seperti perbelanjaan, tenaga kerja serta tingkah laku pelanggan.

CSR activity by participants of Swinburne University, Sarawak

Swinburne University

????????????

Multimedia University

Finalists from Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang

Politeknik Sultan Azlan Shah

Finalists from University Tuanku Abdul Rahman SG LONG

Universiti Tuanku Abdul Rahman

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Umum Pelantikan Ketua Jualan & Pemasaran Baharu

Next post

VW Camper T6.1 Adalah MPV Yang Akan Mencabar Alphard

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *