Raja-Raja ‘AP’ Dikekalkan
Tiada perubahan sekarang atau dalam jangka masa yang terdekat.
Timbalan Menteri dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Dr Ong Kian Ming telah mengesahkan dengan ‘dukacitanya’ dalam ucapannya bahawa sistem ‘Permit Yang Diluluskan’ / ‘Approved Permit’ (AP) di Malaysia akan diteruskan.
Beliau bercakap dengan panjang lebar mengenai ini di persidangan automotif baru-baru ini tentang bagaimana bilangan AP yang dikeluarkan pada tahun 2019 kurang dari tahun 2018 dan Kementerian bekerja dengan gigih untuk memeriksa model perniagaan 36 pemegang AP baharu dan juga Raja-Raja AP lama. Jika mereka didapati menjual AP mereka, tindakan akan diambil.
Beliau menjelaskan bahawa Kementeriannya juga kini menyedari bahawa adanya beberapa pemegang AP baharu yang tidak mematuhi garis panduan dan amaran telah dikeluarkan. Pegawai MITI sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap 36 pemegang AP baharu ini dan mereka akan meneruskan penguatkuasaan mereka untuk memastikan sistem yang sedia ada tidak disalahgunakan.
No Comment