Berita Auto

Selamat Tinggal Volkswagen Beetle

Ya. Ikon reka bentuk dan objek ikutan ramai, Beetle, satu-satunya kereta lagenda, akan dihentikan produksinya.BHP Banner Bye Bye Beetle

Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, lebih 21.5 juta unit telah dijual di seluruh dunia. Ianya antara kereta paling laris dalam abad ke-20. Bertahan selama tiga generasi.Bye Bye Beetle 8Sejarah Beetle di Malaysia juga memang lama dan kaya. Ia dipasang di Shah Alam pada tahun 1968. Malah, ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta yang disukai ramai ini.Bye Bye Beetle 10Saya sendiri ada banyak pengalaman manis dengan sebuah Beetle yang istimewa. Tahun – 1981.Bye Bye Beetle 18Kenderaan pilihan Ronald McDonald pada tahun-tahun McDonald mula bertapak di Malaysia adalah sebuah Beetle.

Di mana ada pembukaan rasmi sebuah Restoran McDonald di situlah tempat tujuan Ronald McDonald untuk meraikan pembukaan itu dengan persembahan lawak dan silap matanya untuk beratus kanak-kanak riang.

Bye Bye Beetle 19

Sebelum sampai ke mana-mana restoran baharu Ronald McDonald terlebih dahulu akan berarak sekeliling kota dengan lagunya melalui loud-hailer berkumandang mempelawa sesiapa saja sepanjang perjalanan untuk bersama-sama ke restoran baharu itu. Antara pemandu kereta Beetle Ronald McDonald itu adalah – saya! Bye Bye Beetle 20

Pada salah satu perjalanan tersebut. Kereta Beetle Ronald McDonald tersadai. Tidak mahu bergerak kerana dawai pemecutnya (accelerator) terputus. Nasib baik Beetle. Dengan hanya tali rafia kita dapat menarik pemecutnya semula untuk mengerakkan Beeltle itu selamat ke destinasi dan kanak-kanak riang yang menunggu. Winning!Bye Bye Beetle 13Ya, ramai yang sedih, ramai yang dukacita dengan pemergian Beetle tersayang ini. Walau apapun riwayat Beetle akan berterusan buat selama-lamanya.Bye Bye Beetle 14Mana tahu, seperti beberapa kenderaan lagenda yang sudah pun pupus, ada yang di hidupkan semula. Kita tunggu dan lihat.Bye Bye Beetle 15Semalam Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan pemergian Volkswagen Beetle dengan sebuah upacara meriah khas untuk media dan rakan-rakan. Selain daripada makan, minum dan hiburan mereka telah melancarkan Collector’s Edition Beetle yang eksklusif.Bye Bye Beetle 25Hanya 75 unit ditawarkan dengan harga RM164,390*Bye Bye Beetle 22Barangan tambahan yang anda dapat untuk harga tersebut ialah:

Spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Semua 75 orang pemilik juga akan menerima satu siijil pemilikan rasmi Collector’s Edition. Anggaran nilai penambahan ini ialah RM12,000.00Bye Bye Beetle 235 warna ditawarkan:

Biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red)Bye Bye Beetle 24Pelancaran Collector’s Edition Beetle merupakan sebahagian daripada kempen Bye Bye Beetle Volkswagen yang diadakan sempena acara Perhimpunan Ikonik pada 13 Julai di Putrajaya. Di sana, Volkswagen akan cuba untuk memecahkan rekod perhimpunan Beetle paling besar di Malaysia di satu lokasi. Ia menjemput semua pemilik Beetle klasik dan model terkini untuk sama-sama menyertai usaha tersebut.

Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.myBye Bye Beetle 1Bye Bye Beetle 5Bye Bye Beetle 3 Bye Bye Beetle 4 Bye Bye Beetle 6 Bye Bye Beetle 7 Bye Bye Beetle 9 Bye Bye Beetle 11 Bye Bye Beetle 12 Bye Bye Beetle 17

Previous post

Porsche 911 (992) Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Naza Sumbang Kia Cerato Kepada ILKBS Untuk Pertandingan WorldSkills

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *