Gaya Hidup / Lifestyle

7 Lagenda JDM Yang Muncul di Art of Speed 2019

Jika artikel sebelum ini memfokuskan kepada barisan Honda Civic dan Integra Type R, dalam artikel kali ini kami akan memaparkan beberapa model lagenda JDM yang turut membuat kemunculan di pameran NEAT Fest di Art of Speed 2019 yang berlangsung baru-baru ini.

BHP Banner L200

Mitsubishi Lancer Evolution 6.5 Tommi Makinen Edition

Mitsubishi Lancer Evo 6.5 TME

Dinamakan sempena lagenda rali dari Finland, Evo 6.5 TME merupakan antara model Evo yang paling dicari-cari oleh peminat. Masakan tidaknya, hanya kira-kira 2,000 unit dihasilkan dan untuk melihat kelibat salah satu daripadanya di negara sini adalah sangat mengujakan.

Mitsubishi Lancer Evolution XI Wagon

Art of Speed 2019 78

Bagi mereka yang belum tahu, Mitsubishi sebenarnya pernah menghasilkan Evo dalam bentuk station wagon bagi model generasi kesembilan. Walaupun siaran akhbar Mitsubishi yang dikeluarkan pada 2005 mengatakan syarikat itu akan menawarkan 2,500 unit model ini, carian data VIN menunjukkan terdapat 2,924 unit Evo wagon dihasilkan dalam tiga versi iaitu GT, GT-A dan MR.

Nissan Skyline GT-R (R32)

Art of Speed 2019 68

Kehadiran R32 pada 1989 menandakan kepulangan semula nama ‘GT-R’ setelah 16 tahun ia direhatkan. Dikenali dengan kod casis E-BNR32, model ini dihasilkan untuk bersaing dalam kelas Group A dengan enjin turbo enam silinder sebaris RB26DETT, transmisi manual lima kelajuan dan sistem pacuan semua roda ATTESA E-TS.

Nissan Skyline GT-R (R34)

Nissan-GT-R-family-13-768x512

Mungkin model Skyline GT-R yang paling popular, R34 diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1999 tetapi sayangnya ia hanya berada di pasaran sehingga 2002. Selain enjin yang diperkuatkan dan transmisi manual enam kelajuan, model ini turut menampilkan skrin LCD 5.8 inci yang memaparkan pelbagai bacaan enjin dan statistik kenderaan seperti tekanan pengecas turbo, suhu air dan minyak dan pelbagai lagi.

Nissan GT-R Nismo (2017)

Nissan-GT-R-family-12-768x512

GT-R versi standard sudah dikira cukup kuat, namun edisi NISMO mempertingkatkan lagi status jentera ini dengan penambahbaikan yang melibatkan panel gentian karbon, casis lebih kukuh dan enjin yang lebih berkuasa. Dengan 600 PS, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.9 saat.

Toyota Supra (A80)

Art of Speed 2019 64

Walaupun Supra generasi baharu sudah memasuki pasaran, model generasi keempat yang turut dikenali sebagai A80 ini masih diminati ramai. Apa yang membuatkan ia begitu popular adalah enjin twin-turbo 2JZ-GTE yang mampu menampung jumlah kuasa yang tinggi.

Mazda RX-7 (FD)

Mazda RX-7 FD

Tidak seperti model-model sebelumnya, RX-7 generasi ketiga mempunyai bentuk badan yang lebih menggoda dengan lampu ‘pop up’ yang ikonik. Enjin rotary berkapasiti 1.3-liter pada model ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran dua pengecas turbo yang dioperasikan menerusi sistem jujukan (sequential) bagi menghapuskan efek ‘turbo lag’.

 

Previous post

Porsche 911 Carrera Coupe dan Cabriolet (992) Diperkenalkan

Next post

Mercedes-Benz A45 S AMG 4Matic Kini Dengan 500Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *