Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara Ketengah Konsep Baru
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara Autohaus yang menampilkan konsep baru bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan.
Bilik pameran ini menampilkan warna perak-putih dan pelbagai elemen identiti korporat (CI) terbaru Mercedes-Benz, digabungkan dengan pelan terbuka dan fasad bangunan yang telus bagi melahirkan suasana yang luas dan selesa.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik pameran, pelanggan yang telah membuat temu janji lebih awal akan disambut oleh Star Assistant yang akan memberitahu perunding tentang ketibaan mereka.
Pelanggan yang tidak membuat temu janji pula akan dirujuk kepada Pakar Produk yang kemudian akan membawa mereka ke ruang menunggu, di mana rundingan akan dijalankan di tempat duduk yang privasi atau terbuka.
Ruang jenama diwujudkan bagi membolehkan pelanggan menerokai jenama Mercedes-Benz secara maya atau realiti. Konsep baru ini juga menggunakan keseluruhan ruang pameran untuk orientasi perkhidmatan pelanggan tanpa ruang kerja tetap. Sementara itu, pelanggan yang menunggu kereta mereka siap diservis boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman di cafe.
Akhir sekali, penyerahan kereta baru kini diiringi dengan paparan media dan sistem bunyi sekaligus meningkatkan lagi keterujaan pelanggan.
No Comment