Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Ferrari 488 Pista Terima Sentuhan Ajaib Novitec

Novitec telah memperkenalkan pakej naik taraf yang dibangunkan khas untuk Ferrari 488 Pista. Berbeza dengan tawaran-tawarannya sebelum ini, pakej terbaru ini tidak mengubah imej asal jentera Prancing Horse itu dengan drastik.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Sekali imbas, memang sukar untuk melihat apakah perubahan visual yang telah dilakukan pada model tersebut. Tetapi apa yang pasti Novitec telah menambah bilah spoiler pada bampar hadapan, diiringi dengan rocker panel sisi yang menjadikan 488 Pista tampak lebih lebar.

ferrari-488-pista-by-novitec (4)

Di belakang pula terdapat spoiler kecil dan juga kemasan gentian karbon di sekeliling lampu belakang. Lampu isyarat sisi dan lampu brek ketiga pula digelapkan bagi menghasilkan imej yang lebih agresif.

ferrari-488-pista-by-novitec (3)

Seperti biasa, pakej Novitec tidak akan lengkap tanpa kehadiran rim tersendiri. Bagi 488 Pista, syarikat penala dari Jerman itu memberikan rim berukuran 21 inci di hadapan dan 22 inci di belakang, serta sistem gantungan hidraulik yang mengurangkan ketinggian sebanyak 35 mm.

ferrari-488-pista-by-novitec (2)

Bagi memudahkan pemanduan, gandar hadapan telah dilengkapkan dengan sistem lift hidraulik yang boleh menaikkan ketinggian ‘hidung’ 488 Pista sebanyak 40 mm.

ferrari-488-pista-by-novitec (1)

Turut diberikan naik taraf adalah aspek prestasi, di mana enjin twin-turbo 3.9-liter V8 yang asalnya menjana 711 hp dan 770 Nm kini menghamburkan 791 hp dan 898 Nm. Ini secara tidak langsung mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j dari 2.85 saat hingga 2.7 saat, manakala kelajuan maksimum turut meningkat dari 340 km/j kepada 345 km/j.

Previous post

Pelanggan Renault Yang Pertama Di Malaysia Pandu Pulang Koleos

Next post

Jualan Global Volvo Meningkat Dengan Jualan Terbaik Dari XC60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *