Sukan

Festival Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge Musim 3 Di Kuala Terengganu

Balik kampunglah nampak gayanya saya minggu depan sebab pembuka tirai musim ketiga Festival Toyota Gazoo kali ini adalah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Ini adalah kali kedua dianjur di Kuala Terengganu.

Mereka akan berlumba di litar jalanan yang dibina khas sepanjang 1.65 km di perkarangan stadium di Gong Badak,  6-7 September 2019 (Jumaat & Sabtu)

Tiga kategori Vios Challenge -Promotional, Sporting dan Super Sporting.

Selebriti yang akan berlumba ialah Juara Bertahan pelakon Diana Danielle serta Shukri Yahaya, Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali dan Wany Hasrita. Dua pelumba selebriti baru – Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Akio Takeyama juga akan berlumba untuk musim ketiga berturut-turut.

Aktiviti lain yang turut dianjurkan ialah pameran dan sesi pandu uji kenderaan baru Toyota, persembahan drift oleh pemandu Jepun yang dibawakan oleh Toyo Tires, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi tandatangan peminat.

Masuk PERCUMA!

Toyota Gazoo Racing 1 Toyota Gazoo Racing 2 Toyota Gazoo Racing 3

Toyota Gazoo Racing 4 Toyota Gazoo Racing 5 Toyota Gazoo Racing 6

Kenyataan Media

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu akan menjadi lokasi pembukaan bagi siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival di Malaysia yang kini memasuki musim ke-3 penganjurannya.

Toyota Gazoo Racing 7 Toyota Gazoo Racing 8 Toyota Gazoo Racing 9

Diadakan dalam litar jalanan yang dibina khas sepanjang 1.65 km di perkarangan stadium berkenaan di Gong Badak, acara itu akan berlangsung selama dua hari bermula 6-7 September 2019 (Jumaat & Sabtu) akan menampilkan aksi perlumbaan sengit antara selebriti, pelumba amatur serta profesional yang akan berentap di dalam tiga kategori berbeza (Promotional, Sporting dan Super Sporting) di dalam perlumbaan Vios Challenge.

Toyota Gazoo Racing 10 Toyota Gazoo Racing 11 Toyota Gazoo Racing 12

“Toyota sudah mengecapi pelbagai kejayaan di dalam sukan permotoran, dan matlamat di sebalik penganjuran TGR Festival dan Toyota Vios Challenge ini adalah untuk membawa peminat serta pelanggan kami lebih dekat kepada produk yang ditawarkan dengan cara memanfaatkan kekayaan Toyota dalam sukan permotoran,” jelas Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Akio Takeyama.

Toyota Gazoo Racing 13 Toyota Gazoo Racing 14 Toyota Gazoo Racing 15

“TGR Festival meraikan kejayaan Toyota dan Gazoo Racing di dalam sukan permotoran global, bermula dari pencapaian kami di dalam Rali Dakar dan Kejuaraan Rali Dunia hinggalah kepada kemenangan bersejarah di dalam 24 Hours of Le Mans. Semua itu ingin diterjemahkan untuk dimanfaatkan oleh orang ramai di sini,” tambah beliau.

Toyota Gazoo Racing 16 Toyota Gazoo Racing 17 Toyota Gazoo Racing 18

Ini akan menjadi penganjuran kedua berturut-turut TGR di Kuala Terengganu, sebelum bertandang pula ke Lembah Klang dan Johor bagi tiga lagi pusingan. Perlumbaan festival ini melibatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan melibatkan lebih daripada 40 pemandu yang akan bersaing menggunakan satu jenis kenderaan yang sama, iaitu Toyota Vios, di dalam litar kekal dan binaan khusus.

Toyota Gazoo Racing 19 Toyota Gazoo Racing 20 Toyota Gazoo Racing 21

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menjelaskan, TGR Festival dan Toyota Vios Challenge juga telah berkembang menjadi satu platform menarik yang mampu bagi pemandu-pemandu muda untuk mengasah bakat mereka sebelum mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perlumbaan. Satu contoh terbaik untuk ini ialah Hayden Haikal berusia 15-tahun, yang telah berjaya naik ke perlumbaan kereta salon dari go-kart dalam rangka untuk menjadi pemandu paling muda yang pernah memenangi perlumbaan di dalam Toyota Vios Challenge.

Toyota Gazoo Racing 22 Toyota Gazoo Racing 23 Toyota Gazoo Racing 24

“TGR Festival juga menjadi medan terbaik untuk membuktikan keupayaan kenderaan Toyota, terutamanya model Vios. Bagi Toyota, adalah sangat penting agar kenderaan kami bukan sahaja dapat memenuhi jangkaan pembeli hari ini, tetapi turut tahan lasak dan memberikan kepuasan memandu yang tinggi, prestasi serta kegembiraan kepada pemilik,” ujar Ravindran.

10 selebriti tempatan turut akan bersaing di dalam litar di Kuala Terengganu, dengan pelakon Diana Danielle akan mendahului sebagai juara bertahan.

Toyota Gazoo Racing 25 Toyota Gazoo Racing 26 Toyota Gazoo Racing 27

Selebriti lain yang akan berlumba ialah Shukri Yahaya, Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali dan Wany Hasrita. Musim ke-3 ini turut menyaksikan dua pelumba selebriti baru yang akan ikut serta, iaitu Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Akio Takeyama juga akan berlumba untuk musim ketiga berturut-turut.

Toyota Gazoo Racing 28 Toyota Gazoo Racing 29 Toyota Gazoo Racing 30

“Ia telah menjadi satu perjalanan yang hebat untuk saya di dalam litar. Saingan dalam musim ke-2 sangat tegang dari awal hingga akhir ketika saya berjaya memenangi kejuaraan hanya dengan perbezaan enam mata. Pendekatan saya seperti biasa, untuk menghabiskan setiap perlumbaan dengan baik dalam satu-satu masa, terus konsisten dan menghindari sebarang masalah ketika di dalam litar,” jelas Diana.

Toyota Gazoo Racing 31 Toyota Gazoo Racing 32 Toyota Gazoo Racing 33

“Memang ada tekanan kerena saya kini perlu mempertahankan kejuaraan. Tetapi saya berasa sangat selesa, terutama selepas dapat menyesuaikan diri dengan kereta lumba Vios baru yang lebih lasak dan mudah dikendalikan terutama di selekoh. Saya sangat yakin semua pemandu dalam kelas Promotional akan memberikan persembahan paling menarik sepanjang musim ini!” tambah Diana.

Toyota Gazoo Racing 34 Toyota Gazoo Racing 35 Toyota Gazoo Racing 36

Saingan dalam kalangan selebriti juga dijangka akan lebih sengit dengan kembalinya Shukri Yahaya dan Shawn Lee ke dalam kategori Promotional selepas berlumba di dalam kategori Sporting pada musim lalu.

Toyota Gazoo Racing 37 Toyota Gazoo Racing 38 Toyota Gazoo Racing 55

“Berlumba dalam kategori Sporting memang sangat sengit, tetapi Shukri dan saya banyak belajar daripada barisan pelumba yang lebih berpengalaman. Itu telah membantu kami menjadi pemandu yang lebih kental,” ujar Shawn.

Toyota Gazoo Racing 40 Toyota Gazoo Racing 41 Toyota Gazoo Racing 42

Kategori Sporting bakal menyaksikan bakat menakjubkan, Haydan Haikal kembali untuk siri perlumbaan musim keduanya dan akan disertai oleh antaranya Kenneth Koh yang menduduki tempat ketiga musim lalu, serta Dato’ Ken Foo yang meraih tempat kelima keseluruhan bagi musim kedua.

Toyota Gazoo Racing 43 Toyota Gazoo Racing 44 Toyota Gazoo Racing 45

Sementara itu, kategori Super Sporting pula bakal menyaksikan persaingan antara dua bekas juara; di antara Boy Wong akan kembali sebagai juara bertahan musim kedua, serta Tengku Djan Ley yang merupakan juara musim pertama. Akan ikut serta ialah William Ho yang menduduki tempat kedua bagi kedua-dua musim sebelum ini, serta Brendan Paul Anthony yang menduduki tempat ketiga keseluruhan musim lalu dan tidak ketinggalan, Kenny Lee.

Toyota Gazoo Racing 46 Toyota Gazoo Racing 47 Toyota Gazoo Racing 48

Bagi peminat sukan permotoran di Kuala Terengganu, terdapat banyak lagi aktiviti yang akan memeriahkan suasana sepanjang acara ini berlangsung. Antaranya ialah pameran dan sesi pandu uji kenderaan baru Toyota, persembahan drift oleh pemandu Jepun yang dibawakan oleh Toyo Tires, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi tandatangan peminat untuk memberi peluang kepada pengunjung mendekati barisan pelumba selebiriti yang terlibat.

Toyota Gazoo Racing 49 Toyota Gazoo Racing 50 Toyota Gazoo Racing 51

TGR Festival dan Toyota Vios Challenge akan bermula dari 9 pagi Jumaat (6 September 2019) hingga Sabtu (7 September 2019). Masuk percuma!

Toyota Gazoo Racing 52 Toyota Gazoo Racing 53 Toyota Gazoo Racing 54

 

 

 

 

 

 

Previous post

Lamborghini Akan Membuka Sahamnya Kepada Pemilikan Awam Sepadan Dengan Nilai Ferrari

Next post

BMW X5 Protection VR6 Beri Perlindungan Menyeluruh

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *