Program Seperti Ford Driving Skills For Life (DSFL) Patut Mandatori Untuk Semua
Tahukah anda?
43 peratus pemandu Malaysia menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan kurang daripada 10 peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.
Malaysia mempunyai kadar tertinggi pemilikan kereta di rantau ini dan catatan kemalangan trafik tinggi setiap hari.
Kesedaran terhadap asas keselamatan jalanraya juga masih berkurangan di kalangan rakyat Malaysia.
Berbekalkan pengetahuan ini Ford dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), mengambil inisiatif untuk menganjurkan program latihan pemandu berhemah untuk rakan-rakan kongsi korporat Ford melalui program global Driving Skills for Life (DSFL).
Setiap pemandu di Malaysia wajib melalui bengkel seperti ini. Carilah penganjur yang berdekatan dengan kawasan anda dan ambil bahagian.
Kenyataan Media
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Ogos 2019 – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan tabiat pemanduan berhemah dan kesedaran keselamatan jalan raya, Ford dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini menganjurkan program latihan pemandu berhemah untuk rakan-rakan kongsi korporat Ford melalui program global Driving Skills for Life (DSFL).
Lebih daripada 30 pemandu yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi Ford meliputi syarikat-syarikat telekomunikasi dan utiliti mengambil bahagian di dalam bengkel separuh hari yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Malaysia mempunyai kadar tertinggi pemilikan kereta di rantau ini, dengan catatan kemalangan trafik tinggi setiap hari. Namun kesedaran terhadap asas keselamatan jalanraya masih kurang di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih dari 43 peratus pemandu Malaysia menggunakan telefon bimbit semasa memandu [1] dan kurang daripada 10 peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. [2]
“Keselamatan jalan raya merupakan topik yang penting dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan Ford yang sememangnya memiliki kemahiran itu, dalam menggalakan sikap memandu yang lebih selamat di kalangan pemandu di Malaysia. Program Driving Skills for Life (DSFL) menyediakan keperluan dan sumber yang membantu pemandu memahami berbagai senario luar jangkaan yang boleh terjadi di jalan raya di samping menyiapkan mereka dengan pengetahuan untuk mengatasi dengan sewajarnya,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.
Bengkel tersebut dianjurkan secara percuma dan merangkumi pelbagai risiko pemandu dengan latihan memfokuskan kepada empat bahagian:
- Gangguan – Membuat keputusan bijak semasa memandu untuk menghadkan gangguan dan sentiasa fokus dalam pemanduan
- Mengenali bahaya – Bagaimana untuk mengagak bahaya di persimpangan dan zon selamat
- Pengurusan halaju dan jarak – Balajar bagaimana untuk menyesuaikan halaju dan jarak sekeliling, di hadapan dan belakang sambil mengelak dari dilanggar
- Kawalan kenderaan – Memahami kemampuan kenderaan dan belajar untuk mengawal kenderaan dengan lebih baik dengan menngoptimumkan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaraan Hadapan dan Amaran Keluar Lorong.
Bengkel yang dijalankan secara teori dan amali itu turut menggunakan model-model Ford Ranger yang memang digunakan oleh peserta-peserta setiap hari. Ini ialah untuk membantu mereka dalam mencapai simulasi paling hampir kepada pekerjaan seharian mereka.
Penekanan terhadap pemanduan ketika menggunaan alkohol atau ubat-ubat juga diterapkan di dalam program tersebut. Ini dicapai melalui pemakaian cermin mata khusus yang memberikan peserta pengalaman memandu dengan daya penglihatan, pergerakan dan koordinasi yang terganggu.
Program Ford DSFL ialah acara terpenting di dalam aktiviti tanggung jawab sosial dan korporat (CSR) global Ford. Ia menggunakan dana dari Ford Motor Company Fund, salah satu cabang ehsan Ford Motor Company. Acara Ford DSFL telah dilancarkan di 35 buah negara dan ia sudah melatih ramai pemandu-pemandu dari pelbagai lapisan usia selama 16 tahun. Di Malaysia sahaja, Ford DSFL telahpun melatih lebih dari 1,000 orang pemandu untuk menjadi pengguna jalan raya yang mengamalkan cara pemanduan yang berhemah.
No Comment