Hyundai Accent 2019 Dipilih Sebagai “Best New Cars for Teens Under $20k”
Tersenarai bersama Santa Fe bagi anugerah “Best New Cars for Teens” U.S. News & World Report adalah Hyundai Accent 2019.
Turut dinamakan sebagai Top Safety Pick oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), Hyundai Accent baharu dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan canggih bagi tujuan memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang.
Sebagai contoh, terdapat ciri Forward Collision-Avoidance Assist yang menggunakan radar hadapan untuk membantu mengesan kehadiran kenderaan lain dan memberi amaran kepada pemandu tentang perlanggaran yang mungkin berlaku.
U.S. News & World Report membuat penilaian berdasarkan kebolehpercayaan, markah ujian pelanggaran, ciri-ciri bantuan pemandu yang ditawarkan dan cadangan pengkritik terkenal dalam julat harganya. Kenderaan yang dinamakan sebagai salah satu Best New Cars for Teens mempunyai gabungan terbaik aspek-aspek tersebut.
No Comment