Berita Auto

Hyundai i10 Serba Baharu Bakal Debut di Frankfurt Motor Show

Hyundai telah mendedahkan lakaran pertama i10 serba baharu yang akan membuat kemunculannya di Frankfurt Motor Show 2019 pada September ini. Menurut syarikat itu, model ini direka, dibangunkan dan akan dibina di Eropah.

BHP Banner Honda Kompak

Ahli terbaru dalam rangkaian model i itu menampilkan reka bentuk dinamik baharu yang menampilkan kontras antara permukaan-permukaan lembut dan garisan-garisan tajam. Bukan itu sahaja, lebar, tinggi dan saiz tayar turut diubah bagi menghasilkan imej yang lebih bertenaga.

Melihat kepada lakaran tersebut, i10 menampilkan karakter sporty menerusi gril hadpaan yang lebar dengan lampu nyalaan siang terbina. Liang udara berbentuk tiga segi pada bahagian bampar pula menonjolkan lagi kelebaran badan model segmen A ini. Ia juga dikatakan mempuyai beberapa ciri unik seperti tiang C berbentuk X dan juga logo pada bahagian tiang.

Selain reka bentuk yang lebih menarik perhatian, i10 juga akan menampilkan beberapa ciri ketersambungan dan keselamatan terkini. Ini termasuklah Blue Link, Apple Car Play, Android Auto, pengecasan nirwayar dan kamera pandangan belakang.

Dari segi keselamatan, ciri-ciri seperti Forward Collision-Avoidance Assist, Driver Attention Warning, Lane Keep Assist System dan High Beam Assist bakal menjadikan i10 antara model yang paling lengkap dalam kelasnya.

 

Previous post

Kereta Kompak Honda Seperti Ini Susah Untuk Di Jual Di Malaysia

Next post

Porsche Macan S Kini di Malaysia - RM625k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *