Hyundai Santa Fe 2019 Terima Anugerah “Best News Cars for Teens $30k-$35k”
U.S. News & World Report telah menyenaraikan Hyundai Santa Fe 2019 sebagai salah satu Kereta Baru Terbaik Untuk Remaja (Best New Cars for Teens) yang berharga antara $30,000 hingga $35,000.
Penerbitan itu membuat penilaian berdasarkan kebolehpercayaan, markah ujian pelanggaran, ciri-ciri bantuan pemandu yang ditawarkan dan cadangan pengkritik terkenal dalam julat harganya.
Santa Fe 2019 dilengkapi dengan ciri Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist (RCCA) secara standard. Apabila mengundur, sistem Blind Spot Detection akan mengeluarkan amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan mendekat dari arah sisi belakang dan akan membrek secara automatik jika perlu.
Bukan itu sahaja, Santa Fe juga menampilkan sistem Safe Exit Assist yang pertama bagi Hyundai. Sistem ini menggunakan radar untuk mengesan kehadiran kenderaan lain dari arah belakang dan akan memberikan amaran kepada penumpang yang ingin keluar dari kenderaan. Model ini dinamakan sebagai Top Safety Pick+ oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).
No Comment